Friday, 24 January 2014

Hai January.. Bulan Kedukaan..

My last post was December 21st ago. Sorry. Was busy with my life sampai aku lupa utk update kebusy'an ku di di sini.. Yaa, based on the title dapatlah di'agak yg aku akan b'cerita dgn kisah duka di bulan Januari.. Tapi.. Jgnlah terus jump pigi cerita sedih.. Cerita dulu la pasal penutupan tirai 2013..

Oh ya, by the way, aku xda cerita utk Krismas tahun 2013 sbb aku sambut Krismas di kolej kediaman jak.. And masa tu pun study week so nothing special yg terjadi.. My Krismas was just like those ordinary day.. Hmmm... Student's life I guess..

Nantilah aku buat tribute utk tahun 2013 tu.. Not in this post I guess..

Malam ambang 2014 tu aku balik rumah abg aku.. Malas mau stay kolej so pigilah rumah abg.. Entah kenapa aku mau pigi rumah abgku masa tu.. Stress kot. Lgpun muak suda mkn mknn kolej tu.. Hmmm..

Sepanjang exam lepas.. Entahlah.. I don't think I did my best lah. Frankly speaking mmg aku ndak tau apa-2 pasal subjek-2 aku belajar. Aku rasa masa belajar undang-2 tu lah aku kejutan budaya.. Sangat-2 stress.. Dgn pressure dri abg2ku lg yg suru aku score mcm gila.. Aku stress sbb aku xpaham pun apa yg aku belajar.. Aku ndak tau lah knp aku jd mcm tu. Nak kata xda preparation, org2 yg xda basic mcm aku still boleh kejar.. Tp aku lgsg xdpt.. Kenapa?? Persoalan tu terus-2 bermain di fikiranku..

Semalam actually aku dpt news yg mmg heart breaking.. Paper Contract aku dpt D+. Sumpah aku tkejut gila.. Teruk mcm mana pun aku tak paham Contract tu tapi takkanlah sampai aku xleh lulus kredit kesian?? At least aku aim sgt2 utk dpt C. Tp mmg tkejut lah sbb dpt D+. Sbb carry mark ku teruk rasanya.. Aku ptt buat bgs2 aku punya assignment dgn test ari tu.. Tapi, entahlah.. Aku masi sedih. Sumpah sedih.. Gagal bah tu.. Tpaksa repeat paper..

Sedih ndak tkira bah aku.. Kenapa jadi mcm tu? Aku suda berusaha berabis utk Contract tapi kenapa? Kenapa? Penat aku tny diriku..

Aku takut skrg utk tahu pointerku pulak.. Sumpah takut..

Ya Allah, xda ka keampunan utk aku?? Bukankah aku suda berusaha semampu ku utk Contract?? Tapi kenapa? Kenapa?? :'(

I promise I'm going to start telling happy things tadi kan tapi remuk bah hatiku skrg. Tak dpt bendung lg rasa sedihku.. I don't know.. Aku sgt sgt down skrg..

Aku tertanya2 either aku boleh teruskan 4 tahun study Undang2.. Sound like I'm giving up kan? Yeah.. Maybe.. I dunno..


Aku cuma mampu persoalkan diriku sendiri skrg.. Aku sgt sgt sedih.. Ya Allah.. Macam manalah pointer ku nanti.. Aku perlukan pointer yg bgs utk Sem 1 ni Tuhan tapi bila dapat result Contract terus aku nmpk gelapnya masa dpnku..

Kenapa? Kenapa? Sedih bah.. Sumpah aku speechless.. I dunno what else to say..

Aku ndak boleh redha.. Xboleh.. This is too much.. Just too much for me..




Saturday, 21 December 2013

#0158 am

#0158 pagi.

Aku masih terjaga. Hampir setiap hari, begini lah rutin harian ku.. setiap malam akan berjaga sehingga subuh. Kehidupan university mengubah 360o cara hidupku. University lah tempat org berlumba2 utk mengejar segala sesuatu yg disebut kejayaan. Dan aku tergolong dalam kelompok itu. Tapi, tapi, kenapa aku masih merangkak rangkak, tercongak congak dan merengek meraung kerana tidak dapat memahami sesuatu topik pelajaran dgn sempurna. 

Aku tahu sekarang betapa susahnya belajar undang-undang. Betapa respeknya aku dgn senior-2 yg suda graduate.aku seorg yg positif, aku yakin dan pasti aku akan suatu hari juga memegang segulung ijazah tanda aku berjaya melepasi 4 tahun belajar undang-undang.

Apa yg perlu aku lakukan ialah tahan hati dengan segala susah payah dugaan dan BERUSAHA sehingga ke titisan darah terakhir. Hihihi. Belajar undang-undang adalah pertarungan terhebat dan terulung pernah aku hadapi. Setiap kali aku melahirkan rasa ketakutan dan ketidakpastian utk meneruskan perjuangan tersebut, org-2 yg aku rujuk semua cakap aku boleh dan aku pasti berjaya.

Kenapa mereka begitu yakin terhadap diri ini yg hanya seberat 40kg? ok, xda kena mengena.. hahaha.
Ya, aku tertanya, kenapa org-2 sekeliling ku begitu percaya dan yakin yg aku mampu carry undang-undang ni? Mungkin mereka melihat sesuatu tntg diriku yg aku sendiri tak sedar.. aku harus bangun dan bangkit dari kemalasan diri dan fikiran-fikiran buruk yg hny menjatuhkan semangat diri.

Aku seharusnya kenal dgn diri aku sendiri. 4 tahun aku di menara gading bukan untuk bersuka ria, bukan untuk berpesta sakan, bukan untuk bermain-2 apatah lagi mebuang masa dgn perkara tidak berfaedah.

Ya, ku akui aku still ada life walaupun aku setengah mati belajar di sini. Memang aku jenis yg lambat bergerak dan suka buat silap sebelum aku belajar yg mana cara yg betul. Mungkin aku slow learner berbanding course mates yg lain.. tapi, aku still cool. Aku still santai. Aku tak suka bergelumang dgn terlalu byk stress. Hahaha. Keep calm and carry on.

Aku tahu apa yg patut aku lakukan. Menjelang tak kurang dari dua minggu sebelum exam, aku akan berhempas pulas utk study. Aku yakin aku boleh, aku sangat positif. Aku cuma harap yg badan aku ni takkan liat utk bangun subuh dan study 19 jam sehari. Aku yakin aku boleh. Aja! Aja! Fighting!
Hehe.. super semangat utk exam.. Dear God, lead me to a better road, help me with my study, help me during exam. Give me everything to prepare myself for exam. Give me Your blessing in whatever effort I did for my studies. Bless me and my friends, Jesus.. Amen..

Friday, 8 November 2013

Goodbye Tawau, Hello Kuala Lumpur

I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry..

Lepas dua bulan lebih lagi baru aku update you my bloggie.. Hahaha.. Too too busyyy... =.=

And yes, 'Farewell Tawau!!!'.

Masa tanggal 01.September.2013 yang lepas merupakan hari terakhirku di Tawau dan hari pertamaku di Kuala Lumpur.. Setelah lebih 20 tahun, 3 bulan dan 23 hari menetap di negeri di bawah bayu, akhirnya aku berjaya keluar merantau ke negeri orang untuk menuntut ilmu..

Hampir 3 jam lamanya berada dlm perut kapal terbang AirAsia, terasa begitu singkatnya masa.. Pejam celik aku suda meningkat dewasa dan mampu merantau bersendirian untuk mengejar cita-cita setinggi bintang di angkasa.

Pengalaman menaiki aeroplane untuk pertama kalinya dlm hidupku opkose takkan dilupakan. Aku masi ingt duduk di tepi tingkap bahagian kanan, merenung ke luar dan melihat sendiri dgn mataku keindahan pemandangan dari atas awan.. Indahnya ciptaan Tuhan.. Terasa kecilnya bangunan-2 di bawah seperti semut sedang berjalan di bawah kaki dan aku merenung ke bawah yg beratus kaki tingginya dari tanah..

Sampai jak di KLIA, aku disambut oleh dua org abgku.. Setelah melalui penerbangan selama hampir 3 jam, aku terus dibawa makan dan beli brg2 keperluan untuk tinggal di kolej.

Sehari tu rasanya mcm BANYAK betul perkara yg aku buat.. Rasa mcm mimpi tapi itulah realiti.. Bergegas ke sana ke mari.. Dari rumah aku ke airport Tawau, sampai KLIA terus ke Bangsar, sampai Bangsar terus ke UM, sampai UM terus ke kolej tujuh, sampai kolej terus join orentasi untuk mahasiswa baharu.. What the duck??? Oh my gosh... I can't believe it.. And trust me, masa minggu haluansiswa tu BUKANLAH minggu yg terbaik.

Aku dahlah sampai UM around 8pm masa tu, penat masa penerbangan tak habis lagi terus sambung penat sbb orentasi sampai pukul 12mlm lebih.. Astaga, penat mcm apa aku.. Lepas tu suda kena bangun jam4 or 5pagi time tu.... Mmglah, klu mau cerita psl orentasi tu mmg dak best.. So, aku crita part-2 yg penting jak.. Hahahaha..

So, the first thing yg aku TERKEJUT masa tiba di UM, I was like WHY IS IT EVERYONE SPEAK IN ENGLISH? Yup, seriously masa tu mmg AWKWARD gila. Semua org di sekeliling aku cakap omputeh. Yaiiyy!! Rasa mcm di New York pun ada o. Agak lah, hampir aku ingt aku salah masuk negeri..hahaha..

Yaa, budaya kali di sini, semua bajet cakap omputeh. Biasalah, aku anak Sabahan mmg terbiasa tu ckp Bahasa Melayu. Ckp English jarang juga tapi tdklah jenis yg dak tau lgsg.. Cut that part, masalah kedua aku, bahasa komunikasi : SEMENANJUNG. Yes, everyone around me rata-2 org semenanjung. Mmg bahasa yg sgt berbeza dgn Sabah. Aku pun mcm..... Mana org-2 Sabah ni???? :(

Feeling LONELY sgt-2 di tmpt ni.. Aku ndakda kawan yg dari satu sekolah sama2.. Hanya aku seorg.. Uaarrghhh.. :( Be strong May. Make new friends.. Thats what I told myself from the very beginning of the new whole place to live..

But then, after a day or two, akhirnya aku dikumpulkan jgk dgn budak2 Sabahan. And yeeahhh! Budak-2 Sabah tu lah yg aku jd KAWAN RAPAT sampai skrg..

JEANNET org Sabah pertama yg aku kenal masa orentasi. And then aku jumpa BELLE.. HAFREY, BRENDA, NONIE.. Lepas habis orentasi tu, barulah aku kenal lagi geng-2 rapat dari Sabah yg lain : ZARINA & FAZIRAH. Ada sorang budak Sarawak nama dia SYAFIQ pun kwn rapat jugak. Lepas tu ada sorang dari Perlis, nama dia FATIN, pun masuk dlm geng BORNEO ni and kitaorg jadi sgttt RAPAT.. :D

Ermmmm, masa orentasi tu, part yg ndak blh lupa mungkin masa Aznil Hj, Nawawi dtg UM, lps tu ada Pandalela jugak.. Hmm, yg aku tau, masa last day orentasi tu mmg jam 2 pagi jugaklah baru masuk tidur.. Faci/PM (Senior) semua buat cheers-2 Za'ba (Kolej 7) ni.. Hebat mmg hebat.. Tp pahamlah, mmg hari yg panjang masa tu. And when its over, OMAIGODDD... What a RELIEF for me!!!! Yeeahhhh.. The intimidating moments was finally OVER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.. :D *honestly, I dont much like the orientation.

But then, after a week of orientation wrapped up, what the duck! I have to face another week of faculty's orientation. I SWEAR the next one week was THE MOST IRRITATING MOMENT in my life.. Its suck! I just wanna skip that part.. Next time klu aku ada mood baru aku cerita pasal orentasi fakulti ku tu.. Mmg kekejaman yg teramat time tu.. Hmmm..

After two weeks orentasi, barulah get to the real business. LAW FACT. Kadang aku dgr bunyi mcm 'LOW FAT' jak tau. Senang ckp, fakulti Undang-2.. Yaaa~ Tough. Tough. Tough. The first two weeks mmg sangat GILA untuk aku. SGT BLUR dan ndak tahu apa-2 pun. Aku rasa mcm otakku ndak berfungsi. All I ever think was 'I NEED A VERY GOOD REST' after two weeks of trouncing. :'(

Even until now, aku masih blur. Study pun mcm paham ndak paham jak.. Oh gosh.. I really need to work hard laa.. God..... HELP ME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.. :'(

I can do it!!! Kita mesti CONFIDENT May !!! Fighting!!!!!!!!!

Next entri lagi baru cerita psl kehidupan baru di KL..


annyeonghi gaseyo
 ***
Au revoir!


Friday, 23 August 2013

Sujud Syukur Atas Rezeki PemberianNya

Syukur.. Syukur.. Syukur..

Hari ni tak putus-2 kata syukur yg terluah dari mulutku dan kuluahkan dalam hatiku..

Dear God,
Tak dapat kutuliskan kata kata yang sepantasnya
Tak dapat kugambarkan yang seharusnya
Tak dapat kulukiskan yang seindahnya

Hanya mampu ku alirkan air mata
Hanya mampu ku sujud syukur menyembah
Hanya mampu ku syukuri segalanya

Terima kasih atas rezeki hari ini
Terima kasih atas peluang hari ini
Terima kasih kerana memberi sinar untukku hari ini

Kuhimpunkan segala kata penghargaan dan jutaan terima kasih yang tak ternilai
Yang tak mampu ku ungkapkan melalui bicara
Biarlah hatiku menyampaikan apa yang selayaknya
Terima kasih Ya Tuhan!!!!!

Sejujurnya, aku speechless betul hari ni.. Bangun lewat sebab tido lewat.. Terbangun kerana c Sue koling aku non stop.. Bingit betul bising bunyi handphoneku.. Then, aku tengok ada missed calls dari no.KL .. Dup dap dup dap jantungku dibuatnya.. Wah, bolehnya aku tak sambut panggilan keramat dari KL tu.. Mana tahu itu panggilan yang aku nantikan SELAMA INI??
Tik.. Tok.. Tik.. Tok..

Time passes by.. Late in the afternoon, my sys called me and tell me to check KakaoTalk..
Bamg!!!!! 

Bila baca text dalam KaTalk tu 'tahniah may..proud of you'.. I was like, am I dreaming????
Syukur tak terkata, permohonanku untuk masuk UM akhirnya LULUS!!!!! Yeaahhhhh!!!!

IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG. (UNIVERSITI MALAYA)

Itulah pilihan pertamaku masa isi UPU hari tu.. But, UPU tak bagi aku apa-2.. So, permohonanku yang diterima ni berkat bantuan dari Dekan Fakulti Undang-Undang UM tu sendiri.. Terima kasih ENCIK !!! I will sent email to express my gratitude to you ASAP!! I am very thankful for this opportunity.. 

God willing, I will do my best for Law. Its gonna be a tough journey ever in my life.. I'm the one who choose this road, so I need to be brave more than enough to do well in this journey..

Sebenarnya agak gentar utk masuk and take this Law.. Wow!! Mesti tough gila gila ni.. Tapi syukurlah aku ada senior yg ambil Law jugak, jadi boleh mintak ajar.. Hee..

But, hari yang cerah untuk jiwa yang sepi tidak berakhir dengan satu berita sahaja..

Yeahh, count my blessing there!!!

Syukur.. Semalam Biasiswa JPA sudah dibuka secara rasminya.. Aku tak sangka betul aku boleh dapat biasiswa dari JPA.. Pertama kali dlm hidupku aku dpt biasiswa.. Yg terbaik di antara yg terbaik lagi tu.. Lagi lagi aku dapat kelebihan kerana result STPM yang lalu.. Syukur sgt sgt.. Mudah2an urusan Biasiswa JPA ni dipermudahkan untuk aku supaya aku takda masalah sangat untuk study.. Kesian pula dgn abg abg yg kena keluar semua biaya untuk aku sambung study.. Jadi aku kena study betul betul untuk tidak kecewakan dorang... Aku kena berusaha semaksima dan sekeras yg mungkin sama seperti aku masa Tingkatan Enam..

In the mean time, aku tgh memohon untuk sambung belajar di luar negara di bawah Tajaan JPA.. Mudah-2an aku dapat!! Amin.. Amin.. Aku mau jadikan impian abang abangku jadi kenyataan..

Abang sulung and abang kedua ku sentiasa simpan impian mahukan salah seorang dari family kami untuk belajar di luar negara.. Masa dorg dulu tak dapat sebab kekangan kewangan.. Jadi aku berdoa dan berharap semoga Tuhan bukakan peluang untuk aku makbulkan impian abang-2ku ni...

Aku tahu dorg selalu letak harapan yang tinggi dengan aku sejak kecil lagi.. Sebab tu masa kecil kecil dulu abg-2 ku selalu ajar aku.. Tapi bila ingt semula masa aku kecewakan dorg dgn SPM tu, rasa bersalah mmg selalu menghantui aku.. Thank God, aku berjaya tebus semuanya skaligus masa STPM..

Dua impian dorg berjaya aku capai.. Dorg teringin mau ada adik dorg yg dpt straight A's dlm peperiksaan yg besar and teringin mau adik dorg dpt title Best Student.. I even gave them more than that bila kejayaanku yg plg manis tu betul betul buat nama family kami harum mekar.. Syukur sgt sgt atas anugerah dariNya..

 And now, aku berdoa semoga dpt capai impian ketiga dorg yg mahu tgk aku further studies ke luar negara.. God willing.. Help me dear God...

So, urusan U ni akan disettlekan secepat yang mungkin.. Maybe akan fly away within 3 weeks.. For the next entry aku ceritakan apa yg aku rasa kehilangan besar nnt..

Untuk entree kali ni biarlah aku mengucap syukur byk2 untuk Dia yg telah byk memberkatiku.. Thank God..

Dan.. Melanjutkan pelajaran ke luar Sabah bermakna, 3 minggu yg terakhir ni lah moment-2 terakhirku di Tawau, Sabah.. Lepas ni takkan pulang ke sini lagi.. Study untuk 4 tahun mmg akan stay KL jak.. And after study, god willing akan terus berkerja under Gov untuk 5 tahun.. Mmg takda harapan utk pulang ke Tawau suda.. :'( 

Sayonara Tawau........

Monday, 19 August 2013

Diuji Kesekian Kalinya

Lama dah tak meluah dalam blog sendiri ni.. Mungkin byk merenung ke luar jendela, berbicara dgn hati sendiri dan meluah pada Yang Maha Esa.. Ramadhan pun sudah berlalu.. Skrg masih dlm musim Eid Mubarak.. Byk hal kah yg berubah? Banyak juga lah.. Mom dah pulang.. Syukur.. Now I'm focusing on my own life.. No more housework and all that chores yg membebankan.. Quit my job as 'housewife' already.. Talking about TEST... Ya, untuk kesekian kalinya, hatiku teruji lagi...

Suka utk aku ingtkn, aku bukanlah seorg yg KUAT manapun. But yes, semua org-2 yg kenal aku akan cakap aku KUAT.. Entahlah.. Mungkin kuat di hadapan mereka sahaja.. Hakikatnya, robek robek hatiku ni, siapalah yg tahu? Hanya empunya diri dan Maha Pencipta saja yg sedia maklum..


Aku berhenti di sebuah persimpangan
Sekian lamanya aku berjuang
Melalui satu pertempuran
Nafas tercungap, jantung pantas berdegup
Ya! Aku berjaya melepasinya melebihi yang lainnya

Tapi..Tapi kenapa aku masuk ke dalam lorong kegelapan
Walhal aku berjalan di jambatan pelangi yang berkedipan sebelumnya
 Aku meraba-raba sekelilingku
Apa yang ku lihat hanya kegelapan

Tak perlu buka mata
Tak perlu bersuara
Mata terbuka ibarat mata terpejam
Suara yang kedengaran hanya laungan batin sendiri

Kenapa aku berada di tempat segelap ini?
Setelah aku berjaya menemukan 'jambatan pelangiku'..

Tangisan tak bererti apa-apa
Keluhan tak membawa apa-apa
Aku berjalan dan terus berjalan
Dalam lorong kegelapan yang tiada penghujungnya

Dalam hati ku berkata-kata
'Hentikan semua kerja gila ini.. Mengalah sajalah'
Mindaku berkata pula
'Jangan sia-siakan jalan yang tersedia'

Peritnya berjalan dengan hati yang berantakan
Seakan diri hilang pedoman
Seolah diri ini pesalah yang dijatuhkan hukuman

Kenapa derita perlu menyusul setelah kurasa sedikit bahagia?
Tertawalah mereka yang ingin melihatku hancur
Bahagialah iblis yang ingin melihatku rapuh

Malaikat pun tak mampu mengangkat diriku
Aku sesat.. Sesat dalam percaturan hidup sendiri...

Kaki terus melangkah
Hati terus berduka
Mulut telah hilang kata-kata
Minda beku untuk seketika

Derap langkah semakin perlahan
Ingin kurehat seketika merenung masa depan
Masih adakah sisa impian untuk aku?

Luka ibarat dihiris sembilu
Sakitnya bukan kepalang..
Kenapa hanya aku seorang?
Diuji begitu hebatnya dalam dunia sementara ini?

Aku hilang kekuatan..
Aku hilang kesabaran..
Harapan kian pudar..
Impian cuba menyinar..

Terduduk di atas duri
Hatiku dipagut sayu
Diriku diuji begini 
Saat mereka diulit bahagia
Alangkah sedihnya...

Penderitaan tak berpenghujung
Terowong kegelapan tak berkesudahan
Akankah kutemu jalan keluar?
Atau terus mengabdikan diri kepada sang kegelapan?
  

Terasa mau berpuisi pulak.. Berterabur.. Tapi itulah luahan isi hati yang terpendam.. Diuji, diuji dan terus diuji... Sabar jer lah..

Bosankah diuji?? Tanya iman, iman kata suka. Tanya hati, hati kata sakit..

Tanya diri, bila semua ni akan berakhir?

Make sure the ending worth all this pain that I gain...


 

Wednesday, 17 July 2013

That Strong Girl

Few days passes, I'm still can't accept the fact that I was such a loser for this moment.. Biggest loser ever..

This UPU thing has ruin my life 360 degree.. Gosh.. Aku blank. Tak tahu mau buat apa.

Seriously, aku dah cakap yg aku dah putus asa dgn semua benda ni. Enough k. Enough.

Cukuplah buat aku menangis bah UPU. Cukuplah dera jiwa ragaku. Sudahlah, memang xda jodoh kita, jgnlah ganggu fikiranku lagi..

I'm giving up on this UPU. Stop it!!

Aku dah tak nak sambung belajar, aku tak mau menunggu for any rayuan. Go to hell with that rayuan.. Aku tak ingin nak menghadap rayuan tu !!!

Ya!! Aku MARAH sgt-sgt sekarang. Marahkan TAKDIR!!!!!!!

Kamu xda kat tempat aku, kamu tak tau apa aku rasa. Kata-kata semangat atau nasihat kamu yg berbakul-2 bagi kat aku tu tak mampu nak ubah keputusan UPU tuu.. Sudahlah. Aku tak mau sebarang harapan apa-2 lagi. Bagilah aku jalani hidup yang baru..

Mungkin sudah takdirnya aku tak perlu sambung belajar lagi..


Kadang aku tertanya, kenapa berat sangat ujian untuk seorang gadis biasa seperti aku?
Pada siapa aku harus tujukan soalan itu?
Kenapa dalam ramai orang di dunia ni, aku seorang rasa dunia ni
terlalu kejam untuk manusia kerdil seperti aku?
Then someone told me, 'cos God believe in you. He knows how strong you are.'
Aku lebih kuat berbanding orang-2 di sekelilingku.
Percayalah, siapapun yang ada dlm situasiku skrg pasti sudah kecundang habis-2an.
Tapi aku masih mampu bertahan.
Sebab aku tahu ujian seberat ini masih mampu aku tanggung.
Walau berderai air mata darah sekalipun, aku tetap takkan mengalah.
Bibir kata lain, hati kata lain.
Kukatakan pada semua aku dah putus asa.
Tapi hakikatnya sana sini aku cari peluang.
And pada masa yang sama juga beribu fikiran negatif yang wujud di mindaku.
Aku bergelut dgn perasaan sendiri.
Terdera dgn berbelah bahaginya jiwaku.
Ada satu hala kata 'go on', ada satu hala kata 'just quit'
Dan aku, aku masih belum ada keputusan muktamad.
Bilang sabar tu memang mudah.
Tapi nak lakukannya punyalah payah.
Tipulah kalau aku kata aku kuat tapi tak menangis.
Setiap hari aku berusaha pujuk diri sendiri,
bagi semangat untuk diri sendiri.
I know how strong I am.
Aku pasti boleh melewati masa-masa sukar ni.
Bertahan dan bersabar.
God willing, di hadapan nanti aku kelak bertemu sang pelangi,
setelah meredah hujan lebat dan ribut
yang menakutkan ini...

Sabarlah wahai hati.. Aku boleh berputus asa dan kumpul balik semangat dalam sekelip mata. Semua benda ni tak mudah..

Aku sendiri masih tercari-2 nak buat apa lepas ni.. Mungkin bekerja untuk sementara waktu.

Umur pun masih muda, baru 20 tahun. Kalau tak dapat this year, mungkin aku kerja dulu lah 2 3 tahun baru try luck lagi untuk masuk U. Itupun kalau aku masih ada hati nak study..

Oh God.. Aku betul-2 putus asa sudah ni. Tak kesian kah dekat aku? Berat sgt ujian ni. Ringankan sikit, boleh? Jangan bagi aku harapan. Tapi bagi aku haluan baru. Aku nak jalani hidup baru.

Kalau lah boleh aku hapuskan ingatan sepanjang 20 tahun ni..........

Friday, 12 July 2013

Tabahkan Hati.. Menangislah Sepuas Hati...

UPU result day jatuh pada hari semalam. 11 Julai 2013. Hari yg tak boleh aku lupakan kerana mencacat celakan masa depanku yg pd awalnya terlihat indah..

Semalam, semuanya tentang UPU. Inboxku, FBku, Instagramku. Mujurlah, Twitterku jak ndak bising-2 psl UPU. Malam sblm result UPU keluar, aku sudah ckp dgn diriku, jgn menaruh harapan, aku sudah tahu jawapannya.. Ya! Sudah aku sematkan dlm hati mcm tu. And yes! Dugaanku tepat.

Dukacita dimaklumkan, permohonan anda ke IPTA tidak berjaya.

Masa buat semakan and dpt balasan mcm ni... aku redha. Sudah menjangka pun. Habis tu kenapa aku menangis badai? Kerana...ramai sungguh yang bertanya.
Masa check result tu, Keyna org pertama aku bgtau. Lepas tu c Rynn and Jumadi. Tapi, aku bgtau dorg supaya jgn kasitau siapa-2. Aku malas mau bgtau bad news tu sama org-2.. But, in the end....

Last-2, aku buat pengumuman jugak di FB. Clearly said yang aku tak dpt UPU and I don't want anyone to ask me any more question. Penat mau menjawab soalan yg sama.. Lebih penat mau bg jawapan yg sama..

Yg buat aku sedih, setiap kali aku diajukan soalan, 'dapat U mana?'.. sebak betul hatiku mau jawab 'tak dpt mana-2 pun.' Lebih sebak lagi, aku dak tahu kenapa aku dak dapat. Seriously, result STPMku melayakkan aku utk masuk U, tp akhirnya aku ndak dapat jugak. Itu hal yg plg menyakitkan hatiku..

Then, bila aku bg jawapan tntg kebenaran, mesti aku diasak dgn soalan 'kenapa tak dapat?' and 'betul-2 bah kau May?'.. Yaa, aku ndak tipu pun  pasal aku xdpt ni. Klu aku ckp aku dpt, itu barulah aku menipu. Berat kamu yg mendgr jwpnku, berat lg aku yg menanggungnya.. Ramai sgt kwn-2 yg bertanya. Bukannya aku dak suka, aku tau dorg semua caring, tp aku betul-2 down. Sedih mau ckp yg aku sebenarnya tak layak pun masuk U.

Plg susah part mau menjawab dgn abgku. Of course, abg2ku terkejut gila lah sbb adiknya tak dpt UPU. Even UMS pun dak dpt oo. Punyalah gilaa. Aku ndak taulah mcm mana sisten UPU punya teruk begini. Directly condemn ni yaa UPU. Totally suck la sistem anda! 

And then, ada lah masuk inboxku sms-2 dari cikgu-2ku. Lg part drama sebabak bila kena menjawab dgn cikgu ni. Excited cikgu-2 menanyak, last-2 jawapanku punya mendukacitakan. I'm so sorry cikgu-2 semua, maaf kerana anak didik anda yg seorg ni lgsg tak layak masuk U pun. Padahal berbakul-2 doa sudah cikgu-2 tujukan khas utk aku, tapi aku kecewakan cikgu-2 semua...

Klu lah aku ada jawapan utk semua ni..

Hariku dipenuhi dgn kata 'SABAR' sepanjang hari ni. Memang itu jak aku mampu buat kan? Walaupun aku sbnrnya hilang waras sudah seketika tadi. Menangis macam gilaa, sampaikan aku berkurung jak dlm bilik. Bila abg-2 ketiga dgn kelima td KakaoTalk aku, start sudah aku over feeling sebak semacam rasa mau nangis. Abg ketiga tu ok lagi, pandai tukar topik cerita psl makanan supaya aku ndak sedih, abg kelima ni sandi, boleh pulak dia kol aku time tuu. Aku pun mls mau menjawab, terus purak-2 tidur..

Masa baring-2 dgr lagu tu, aku masih jugak pikir this UPU thing, and then menangis tak sudah. Sbbnya, aku terpikir satu benda...

In the end, that so called 'best-student' had to hit that 'RAYUAN' button for the second chance.
Its pathetic.

Yes it is. What a shame. Sangat menyedihkan.  I guess, dunia skrg lgsg tak iktiraf pun the person with a good result and a good 'name'. Yaa, aku bercakap tntg diriku. Bukan riak atau membangga, tapi kenapa senaraikan aku dlm Best Student's Sabah klu akhirnya UPU pun aku tak dpt. What the ...? 

Nangis punya nangis, mataku sgt bengkak sudah. Berkali-2 tampar wajah sendiri and tell myself to stop crying, but my eyes just can't stop doing it. Aku harap aku terlelap, but I can't even close my eyes. Sakit ku rasa tak terkata. Kawan sorang text, 'dahlah, jangan menangis lagi..' Tapi makin deras air mataku bila baca textnya. Aku betul-2 putus harapan...

Semua org cakap, 'buat RAYUAN'.. Oh hell.. Kenapa mesti seorg Mayliana terpaksa MERAYU jugak pd akhirnya? Aku tak ubah seperti seorg pengemis. I'm begging for a place in the U???? Bukankah sepatutnya U yg beria-2 nak kat aku.. Stop the day-dreaming.

Yaa, hakikat plg menyakitkan dlm hidupku. Aku betul-2 rasa macam mau telan pil byk-2 and just kill myself, but it sound stupid right? But I did think of it. I did think of jump off a building. Think of a few ways to suicide. Argh, there's no use of suicide. I just want a temporary time escape from this horrible feeling of heartbroken. Maybe I should go out and hang out somewhere. Or eat a lot of food 'till I'm full and perhaps I can be happy when I'm full,, I don't know. I'm just clueless now.

Ramai yg cakap dgn aku, 
'sabar, ini semua dugaan dari Tuhan. jangan berputus asa. kau kan kuat jugak.'

Entahlah. Kuatkah aku bila aku berendam air mata and rasa macam separuh nyawa saat ni? Memang, time aku bersendirian jak baru aku menangis puas-2, di depan org-2 aku masih boleh berlagak tenang.. Tapi hakikatnya, hatiku betul-2 retak sudah.

Dalam byk-2 org di dunia, kenapa aku perlu diuji sebegini hebatnya? Kalau Tuhan sygkan aku, kenapa aku perlu melalui saat-2 yg sukar macam ni.. It hurts me a lot.. Sanpai bila aku mau menangis begini???

Why me?? Why must Mayliana ?? Whyyyyyyy??

All that's waiting is regret.

Ya, dua tahun aku menunggu peluang utk masuk ke U. Dua tahun aku bertungkus lumus utk melayakkan diri masuk U melalui STPM. But then, aku kecundang jugak akhirnya. Aku langsung tak dapat. Tak dapat kesian... 
Menaip entri ni pun aku sudah menangis teresak-2 saat ni... I wish I have someone that I can hug. The worst part of this, I have to cry all alone.. crying very hard now.................

Ya Allah, kenapalah begitu berat ujianMu kali ini. Ujian di bulan ramadhan ni.. Kenapaa?? 

I'd try my best utk tabahkan hati, but I just can't stop crying, even until now....

Aku cemburu kawan-2ku ramai yg dpt UPU.. Ramai sgt.. Kenapalah aku ndak boleh tersenyum bahagia mcm dorg. Kenapa aku mesti menangis kerana terluka.. It hurts me a lot....

Orang yang paling banyak diuji ialah orang yang paling Tuhan sayang.

Aku pernah ckp mcm ni dulu.. Aku betul-2 ndak kuat.. Lagi teruk bila aku kena menghadapi rayuan ni. Aku tahu, aku tahu sangat aku mesti ndak dapat jugak punya walaupun aku merayu. Aku ndak mau letak harapan sudah.  Cukuplah aku betul-2 terluka skrg ni. Harapan tu ndak wujud sudah utk aku.

Aku dpt tgk kelamnya sudah masa depanku utk sambung belajar, Xpala, takda rezeki ku kali utk belajar sudah. Mungkin aku setakat STPM jak memang. Its ok. Its fine.

Menutup tirai pembelajaranku dengan result STPM 4.00 and mendpt title Best Student SMKT and tersenarai dlm Top 5 Best Students in Sabah pun sudah cukup bermakna buat aku. Mungkin UPU bukan rezekiku.

Aku kena buka lembaran baru dlm hidupku. Cuba mencari kerja, Mungkin hala hidupku sekarg adalah alam pekerjaan. Aku akan cuba buat resumeku and hantar pigi mana-2 tempat yg aku boleh mohon kerja. I guess aku kena move on. Lupakan study, and start finding a job. Walaupun aku tahu, memang susah mau cari kerja. Tapi kali ni aku guna result STPMku, mungkin aku boleh diterima.. God willing.

Aku akan cuba, belajar dari kisah perit ni. Tak semua aku boleh dapat walau sebagus mana aku berusaha. Takpa. Takpa. Cari kerja May. Kuatkan hatimu, dear May. Biarlah apa mau jadi lepas ni, just be a strong girl like May always do. What doesn't kill me make me stronger. 

Mungkin ramai akan cakap aku berputus asa bila aku pilih jalan ni, tapi kamu tak berada di tempatku. Aku hanya ingin membina hidup yang baru dan mencari haluan yg baru. Cukuplah aku menangisi UPU ku. I'm getting over it. Starting tomorrow, misi ku utk mencari pekerjaan akan bermula.

Selamat tinggal cita-cita dan kerjaya impianku... Goodbye LAW. Xda jodoh antara kita... :)