Friday 23 August 2013

Sujud Syukur Atas Rezeki PemberianNya

Syukur.. Syukur.. Syukur..

Hari ni tak putus-2 kata syukur yg terluah dari mulutku dan kuluahkan dalam hatiku..

Dear God,
Tak dapat kutuliskan kata kata yang sepantasnya
Tak dapat kugambarkan yang seharusnya
Tak dapat kulukiskan yang seindahnya

Hanya mampu ku alirkan air mata
Hanya mampu ku sujud syukur menyembah
Hanya mampu ku syukuri segalanya

Terima kasih atas rezeki hari ini
Terima kasih atas peluang hari ini
Terima kasih kerana memberi sinar untukku hari ini

Kuhimpunkan segala kata penghargaan dan jutaan terima kasih yang tak ternilai
Yang tak mampu ku ungkapkan melalui bicara
Biarlah hatiku menyampaikan apa yang selayaknya
Terima kasih Ya Tuhan!!!!!

Sejujurnya, aku speechless betul hari ni.. Bangun lewat sebab tido lewat.. Terbangun kerana c Sue koling aku non stop.. Bingit betul bising bunyi handphoneku.. Then, aku tengok ada missed calls dari no.KL .. Dup dap dup dap jantungku dibuatnya.. Wah, bolehnya aku tak sambut panggilan keramat dari KL tu.. Mana tahu itu panggilan yang aku nantikan SELAMA INI??
Tik.. Tok.. Tik.. Tok..

Time passes by.. Late in the afternoon, my sys called me and tell me to check KakaoTalk..
Bamg!!!!! 

Bila baca text dalam KaTalk tu 'tahniah may..proud of you'.. I was like, am I dreaming????
Syukur tak terkata, permohonanku untuk masuk UM akhirnya LULUS!!!!! Yeaahhhhh!!!!

IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG. (UNIVERSITI MALAYA)

Itulah pilihan pertamaku masa isi UPU hari tu.. But, UPU tak bagi aku apa-2.. So, permohonanku yang diterima ni berkat bantuan dari Dekan Fakulti Undang-Undang UM tu sendiri.. Terima kasih ENCIK !!! I will sent email to express my gratitude to you ASAP!! I am very thankful for this opportunity.. 

God willing, I will do my best for Law. Its gonna be a tough journey ever in my life.. I'm the one who choose this road, so I need to be brave more than enough to do well in this journey..

Sebenarnya agak gentar utk masuk and take this Law.. Wow!! Mesti tough gila gila ni.. Tapi syukurlah aku ada senior yg ambil Law jugak, jadi boleh mintak ajar.. Hee..

But, hari yang cerah untuk jiwa yang sepi tidak berakhir dengan satu berita sahaja..

Yeahh, count my blessing there!!!

Syukur.. Semalam Biasiswa JPA sudah dibuka secara rasminya.. Aku tak sangka betul aku boleh dapat biasiswa dari JPA.. Pertama kali dlm hidupku aku dpt biasiswa.. Yg terbaik di antara yg terbaik lagi tu.. Lagi lagi aku dapat kelebihan kerana result STPM yang lalu.. Syukur sgt sgt.. Mudah2an urusan Biasiswa JPA ni dipermudahkan untuk aku supaya aku takda masalah sangat untuk study.. Kesian pula dgn abg abg yg kena keluar semua biaya untuk aku sambung study.. Jadi aku kena study betul betul untuk tidak kecewakan dorang... Aku kena berusaha semaksima dan sekeras yg mungkin sama seperti aku masa Tingkatan Enam..

In the mean time, aku tgh memohon untuk sambung belajar di luar negara di bawah Tajaan JPA.. Mudah-2an aku dapat!! Amin.. Amin.. Aku mau jadikan impian abang abangku jadi kenyataan..

Abang sulung and abang kedua ku sentiasa simpan impian mahukan salah seorang dari family kami untuk belajar di luar negara.. Masa dorg dulu tak dapat sebab kekangan kewangan.. Jadi aku berdoa dan berharap semoga Tuhan bukakan peluang untuk aku makbulkan impian abang-2ku ni...

Aku tahu dorg selalu letak harapan yang tinggi dengan aku sejak kecil lagi.. Sebab tu masa kecil kecil dulu abg-2 ku selalu ajar aku.. Tapi bila ingt semula masa aku kecewakan dorg dgn SPM tu, rasa bersalah mmg selalu menghantui aku.. Thank God, aku berjaya tebus semuanya skaligus masa STPM..

Dua impian dorg berjaya aku capai.. Dorg teringin mau ada adik dorg yg dpt straight A's dlm peperiksaan yg besar and teringin mau adik dorg dpt title Best Student.. I even gave them more than that bila kejayaanku yg plg manis tu betul betul buat nama family kami harum mekar.. Syukur sgt sgt atas anugerah dariNya..

 And now, aku berdoa semoga dpt capai impian ketiga dorg yg mahu tgk aku further studies ke luar negara.. God willing.. Help me dear God...

So, urusan U ni akan disettlekan secepat yang mungkin.. Maybe akan fly away within 3 weeks.. For the next entry aku ceritakan apa yg aku rasa kehilangan besar nnt..

Untuk entree kali ni biarlah aku mengucap syukur byk2 untuk Dia yg telah byk memberkatiku.. Thank God..

Dan.. Melanjutkan pelajaran ke luar Sabah bermakna, 3 minggu yg terakhir ni lah moment-2 terakhirku di Tawau, Sabah.. Lepas ni takkan pulang ke sini lagi.. Study untuk 4 tahun mmg akan stay KL jak.. And after study, god willing akan terus berkerja under Gov untuk 5 tahun.. Mmg takda harapan utk pulang ke Tawau suda.. :'( 

Sayonara Tawau........

Monday 19 August 2013

Diuji Kesekian Kalinya

Lama dah tak meluah dalam blog sendiri ni.. Mungkin byk merenung ke luar jendela, berbicara dgn hati sendiri dan meluah pada Yang Maha Esa.. Ramadhan pun sudah berlalu.. Skrg masih dlm musim Eid Mubarak.. Byk hal kah yg berubah? Banyak juga lah.. Mom dah pulang.. Syukur.. Now I'm focusing on my own life.. No more housework and all that chores yg membebankan.. Quit my job as 'housewife' already.. Talking about TEST... Ya, untuk kesekian kalinya, hatiku teruji lagi...

Suka utk aku ingtkn, aku bukanlah seorg yg KUAT manapun. But yes, semua org-2 yg kenal aku akan cakap aku KUAT.. Entahlah.. Mungkin kuat di hadapan mereka sahaja.. Hakikatnya, robek robek hatiku ni, siapalah yg tahu? Hanya empunya diri dan Maha Pencipta saja yg sedia maklum..


Aku berhenti di sebuah persimpangan
Sekian lamanya aku berjuang
Melalui satu pertempuran
Nafas tercungap, jantung pantas berdegup
Ya! Aku berjaya melepasinya melebihi yang lainnya

Tapi..Tapi kenapa aku masuk ke dalam lorong kegelapan
Walhal aku berjalan di jambatan pelangi yang berkedipan sebelumnya
 Aku meraba-raba sekelilingku
Apa yang ku lihat hanya kegelapan

Tak perlu buka mata
Tak perlu bersuara
Mata terbuka ibarat mata terpejam
Suara yang kedengaran hanya laungan batin sendiri

Kenapa aku berada di tempat segelap ini?
Setelah aku berjaya menemukan 'jambatan pelangiku'..

Tangisan tak bererti apa-apa
Keluhan tak membawa apa-apa
Aku berjalan dan terus berjalan
Dalam lorong kegelapan yang tiada penghujungnya

Dalam hati ku berkata-kata
'Hentikan semua kerja gila ini.. Mengalah sajalah'
Mindaku berkata pula
'Jangan sia-siakan jalan yang tersedia'

Peritnya berjalan dengan hati yang berantakan
Seakan diri hilang pedoman
Seolah diri ini pesalah yang dijatuhkan hukuman

Kenapa derita perlu menyusul setelah kurasa sedikit bahagia?
Tertawalah mereka yang ingin melihatku hancur
Bahagialah iblis yang ingin melihatku rapuh

Malaikat pun tak mampu mengangkat diriku
Aku sesat.. Sesat dalam percaturan hidup sendiri...

Kaki terus melangkah
Hati terus berduka
Mulut telah hilang kata-kata
Minda beku untuk seketika

Derap langkah semakin perlahan
Ingin kurehat seketika merenung masa depan
Masih adakah sisa impian untuk aku?

Luka ibarat dihiris sembilu
Sakitnya bukan kepalang..
Kenapa hanya aku seorang?
Diuji begitu hebatnya dalam dunia sementara ini?

Aku hilang kekuatan..
Aku hilang kesabaran..
Harapan kian pudar..
Impian cuba menyinar..

Terduduk di atas duri
Hatiku dipagut sayu
Diriku diuji begini 
Saat mereka diulit bahagia
Alangkah sedihnya...

Penderitaan tak berpenghujung
Terowong kegelapan tak berkesudahan
Akankah kutemu jalan keluar?
Atau terus mengabdikan diri kepada sang kegelapan?
  

Terasa mau berpuisi pulak.. Berterabur.. Tapi itulah luahan isi hati yang terpendam.. Diuji, diuji dan terus diuji... Sabar jer lah..

Bosankah diuji?? Tanya iman, iman kata suka. Tanya hati, hati kata sakit..

Tanya diri, bila semua ni akan berakhir?

Make sure the ending worth all this pain that I gain...