Thursday 27 June 2013

Without My 'Guardian Angel'

MY MOM TAK ADA DI SINI...

I hate to say that, really hate. I hate it when people keep on asking me, where on earth is my mom?

Hampir lima bulan sudah berlalu. Five months sejak mak takda. Sebelum ni aku tak pernah ckp dlm blog ni pasal ketiadaan mak. Terlalu berat utk aku kongsikan. Tapi sekarang, I'm just too stress. Dealing with all the things by myself. Kawan utk meluahkan pun takda. Aku tahu, aku masih ada Tuhan. But still, I need to talk with a human being about my prob. But I just don't have that kind of human in my life. Beb, my Kiena Esh. Dia tgh study kat madrasah. Cuma dia. Cuma dia tmpt yg blh aku luahkan semua masalah ni. Walaupun hakikatnya aku still 'tipu' dia juga pasal situasi sebenarku. To be truth, aku xpernah lgsg bagitau siapa-2 soal mak aku. Not even Kiena Esh. No one know the real situation. Kalaupun ada org sampai tahu, that should be THE END of my life...

Five months tanpa mak. How do I feel? Like a zombie I guess. No one really know how I feel. Not even myself. I'm a good actress. Pandai aku berlakon. Berpura-pura 'happy' di depan semua org, tapi hakikatnya dlm diriku ni rasa kosong sangat. I mean it. I feel empty sometimes.

Mak masih ada. Still alive. Cuma berada di tempat yg takda satu org pun tahu except my family. Org luar tak perlu tahu. Ini hal keluarga aku. Susah payah derita perasaan tu, biar kami tanggung sendiri. Ada masanya, aku tak boleh share semua benda dgn sahabat-2 terdekatku. Entah. I need time to be alone.

Penghujung bulan Januari. Tempoh tu aku betul-2 teruji. Berat betul rasanya beban dlm fikiran dan kehidupan masa tu. Tuhan sak tahu betapa siksanya kami sepanjang tempoh tu. Walaupun aku memang tak mengalirkan air mata masa tu, tapi jiwaku memang berduka lara. Mungkin masa 'benda' tu terjadi, aku tak nangis, tapi lama kelamaan, benteng kekuatanku teruji juga sampailah aku menitiskan air mata kerana beratnya ujian dari Tuhan.

Entah berapa kali sudah aku persoalkan kepada Tuhan, kenapa keluargaku yang harus menerima musibah seperti tu? Sakitnya kami rasa masa tu memang tak tertahan. Lebih teruk lagi, tiada teman utk aku pinjam bahu dan melepaskan semua kerisauan dan tangisan. Tapi hakikatnya, memang selama ni aku selalu MENANGIS KESEORANGAN. Menangis tanpa ada suara yg kedengaran. Sbb tu, bila Madam Rose kat SMKT peluk aku masa aku tgh sedih, aku mesti akan menangis. Sebab TAK PERNAH ADA ORANG PELUK AKU TIME AKU MENANGIS kecuali Cikgu BI ku. Kali pertama, Cikgu Felly (Guru BI di SMKJA). Kali kedua ialah Madam Rose.

Kesian? Sangat. Aku akan mudah tersentuh bila ada org boleh baca fikiranku yg masa tu terasa mau nangis. When it happen, memang aku akn menangis dlm pelukan org tu. So far, mmg Cikgu BI & Cikgu MUET aku lah yg paling memahami aku. :'(

Aku tahu, ada org lebih hebat ujiannya berbanding aku. Aku sedar. Tapi aku rasa berat juga ujian yg aku hadapi ni. I'm sick of lying. Entah di mana silapnya, lying is like a food for my tongue! Jujurnya, aku tak suka menipu. Aku tak pandai menipu. Ok, hina lah aku klu kamu org mahu, ckplah aku b'trep sbb tak tahu menipu konon. But, thats the real me. Aku tak pandai menipu tapi aku akan cuba elak ckp kebenaran yg menyakitkan. Kadang-2. Tapi, sejak kes mak... Aku TERPAKSA menipu segelintir org yg mula bertanya di mana mak?

Apa aku mau jawab? Kalaupun aku ada jawapannya, takkan pernah tercakapkan jawapan tu. Biarlah jawapannya aku simpan di tmpt plg dlm di hatiku and no one will ever know it. I'm sorry, I can't answer that question secara jujur. Mungkin berahsia lebih baik utk kepentingan peribadi.

Result STPM aku pun mak aku belum tahu. Padahal parents org lain sudah TERlebih tahu psl result anak dorg. Yg aku ni? Takpalah. Be strong May. Tuhan tahu. :') #fakesmile

The hardest part when my mon is gone, my house macam berada dalam zon kuburan. Seriously, silent mode in my house. No one have any desire to talk. Seolah-olah nikmat bercakap ditarik dari kami semua. Hanya ada aku, kakak dua org and my dad kat rumah. Everyone remain silent. Keep on thinking, bila berakhir masalah kami?

 Ingtkan hal mak ni takkan lama, cuma seminggu dua. Tapi kami silap. Jangka masanya dipanjangkan oleh Tuhan. Ya Allah! Beratnya ujianMU....

Persoalan terbesar kami, apa akan terjadi di rumah bila mak takda?

Kerana hal itulah aku menjadi mangsa keadaan. Serta merta niatku utk cari kerja terbatal. Someone has to take mom's place. Dan aku adalah org itu. Mengambil alih tugas MAK. Ya. Aku yg bertugas utk jaga rumah, jaga makan minum org rumahku, jaga pakaian dorg, everything about family. Aku jadi 'housewife' sampailah saat ni.

Mula-2 tu memang payah. Its not easy at all. To be honest, aku tak pandai memasak. Tapi memandangkan di rumah tu cuma 3 org yg tgl, which are my dad, my sys yg kedua and me, memang aku sorg jer lah yg kena memasak. Kakak aku yg ke2 ni mmg lgsg tak tahu memasak. Aku just tak pandai, bukan tak tahu lgsg.

Klu soal jaga rumah, kemas rumah, cuci baju, cuci piring and everything about cleaning ni, aku memang takda masalah. Klu benda-2 begitu aku memang takda masalah mau buat. Yg jadi masalahnya bila aku kena memasak. Everyday aku cuba juga utk memasak. Walau aku tak pandai sekalipun, aku cuba belajar perlahan-2. And finally, sekarang aku mmg takda masalah sudah utk memasak. Tapi cuma biasa-2 jak. Bukanlah masakan taraf chef-2 tuu, asalkan dpt masak utk org rumah tu cukuplah.

Walaupun kdg-2 aku terasa sakit hati bila aku masak tp tak dimkn, aku masak tp dikomplain itu ini, aku tetap masak jugak. Sbb klu aku tak masak, mmg jawabnya org rumahku kebuluran. At first, aku ada masalah dgn my dad. Dia tak makan lgsg apa yg aku masak. Aku tahu, dia cuma makan masakan dari anak kesygnnya which is my sys yg pertama. Tapi dia jarang-2 pulg rumah. Dia tgl di tmpt lain. AKu sedar diri aku. Aku masak mmg tak sedap, tapi aku masak utk alas perut tu supaya tak jatuh sakit. Cukuplah kami terdera emotionally kerana musibah yg melanda, aku tak mahu klu sampai masalah kesihatan pula melanda kami.

Aku sedaya upaya cuba bersabar dgn karenah my dad. Sampai satu tahap, aku betul-2 stress and kisah lama seolah-2 bermain di kepalaku. Masa aku lahir 20 tahun yang lalu, ayah takda bersama kami masa tu. Membawa diri entah ke mana. Masa aku lahir! And, sepanjang aku baby, dari keciklah. My dad memang tak pernah pun dukung aku. Satu peristiwa paling menyakitkan dlm hidup aku, bila ada my dad pernah cakap, masa dia pulang ke rumah sudah tu, entah aku umur berapa, dia tanya mak 'Ini anak siapa lagi?!' . Anak yg dia maksudkan tu ialah AKU. Masa my dad cerita pasal peristiwa tu, my dad boleh ketawa-2. Padahal aku time tu rasa macam mau menangis gilaa. Tapi aku tahan hati, aku kuatkan diri. Aku takkan pernah menangis dpn family aku.

Aku tahu betapa tragisnya kisahku bermula sejak kelahiranku. Sampaikan kadang aku dicakap juga 'bawak malang'.. *May God have mercy* Masa aku lahir, familyku diusir keluar dari rumah sewa kami time tu. Padahal rumah sewa kami masa tu rumah Auntie ku, which is our own family. Sampai hati dia usir familyku? Kenapa harus the day I was BORN?!! Cukuplah aku lahir tanpa ada seorg ayah di sisi, ditambah pula keluarga ditimpa musibah time tuu..

Mungkin sbb tu, sampai skrg aku mmg tak berapa rapat dgn my dad. A few months ago, setiap kali my dad pulang kerja lebih awal dari kakak aku, mmg aku dgn my dad jaklah di rumah. Sbb aku setiap hari stay sorang-2. Klu dorg pulg kerja bru ada teman. Tapi, sekadar teman jasad. Bukan teman berbual. Masa my dad sudah pulang tu, aku xbckp pun. He did his thing, and I did my own things. Awkward. Tiada apa yg blh aku bualkan. lebih baik berdiam diri sak.

Aku pun tak tahu mau buat macam mana about my dad. I never hold a grudge against him. Never. I'm just kinda awkward, not used to talk to him. Biarlah 'anak kesygn' bapak yg layan bapak.....

For five months, aku duduk sorang-2 kat rumah setiap hari. Kadang makan minum aku sendiri aku tak jaga. Aku sibuk jaga my dogs, kemas rumah sana sini. I was like a zombie back then. I didn't talk for a day and it goes on every single day. I just lay down on my couch, just thinking about nothing. I didn't feel a thing. It was empty. Everything feel empty.

Back to February, things were out of my control. My hands were tight. I can't do anything. My bestie went to Madrasah, I was frustrating thinking about my upcoming STPM result, I can't even go out to hang out anywhere, 'cos I can't leave my house. I just can't. Masa reunion Piranaland on Feb pun aku tak join. First time aku tak join sbb keadaanku bermasalah betul time tuu. Fikiran betul-2 berserabut.

And I guess tempoh keserabutan tu ada seseorg yg terlibat dgn masalah dgn aku. I was too tired with everything that moment, dia pun clearly said yg dia 'haramkan' dah sebut nama aku, so I was like, ok then, its over between us. I hate to deal with any problem when I'm in a deep trouble exactly at that moment too!

Perbezaan antara sayang dan benci tu sangat tipis.
Kadang kita mungkin akan berubah dari sayang kepada benci.
Dan terkadang kita akan berubah dari benci kepada sayang.

Well, aku rasa sayang kepada org yg pernah jd 'sahabat'ku dulu sudah bertukar jadi lain. I won't say I hate her. I just, don't feel anything anymore. Aku dah mati rasa lagi. Aku pun lama sudah minta maaf dgn dia, and dah maafkan dia. Tapi utk terima balik? NEVER. Takkan pernah dalam hayat ni aku terima lagi org tu. Cukuplah. Kalau pun aku berubah jadi seorg yg baru pd masa akan datang, aku tetap takkan terima dia lagi. Aku pun dah malas tgk every mesej yg dia hantar dlm inbox aku. Tak pernah sekalipun aku layan. Nak baca apatah lagi. Direk delete sak. Aku dah MOVE ON lah. Ini aku yg baru, bukan yg dulu lagi. Cukuplah tersakiti, cukuplah dgn sikap TERLALU BAIK HATI aku sampai org-2 pijak2 aku. Aku dah tak macam tu. Ada ketikanya, kita tak boleh lupakan apa yg org buat kat kita. Cukuplah dimaafkan, jgn minta lebih dari itu. Paling penting, jgn minta utk diterima balik, hal tu takkan terjadi lagi. Peluang cuma sekali di dunia ni, used it wisely. Klu org dah move on, dia takkan patah balik ke jalan lama. Macam tu jgklah cekalnya hatiku sekarang. Hidup yg baru dikelilingi org-2 yg baru. Lebih  baik dari masa lalu. *God willing.

Enough about kisah lama, aku malas nak kenang apa-2. Semua sudah ku delete dari kepala otakku ni. Sekarang I'm facing a new level of my life. Mcm-2 hal berlaku kebelakangan ni. And utk itu pun, aku dah lupakan and aku move on. Asalkan aku tak kehilangan kwnku yg sorg ni, lebih baik aku tak teruskan 'permainan' yg tuu. Byk hati perlu dijaga, and aku tahu, pilihan yg bijak is by WALK AWAY. Pandai-2lah org tu urus hidupnya sudah. Aku takkan masuk campur lagi.

Utk sepanjang tempoh before bulan September nanti, *God willing, mudahan ada rezeki ku utk masuk U, aku mahu belajar-2 sikit tentang perkara yg sedang aku dalami skrg. Semoga dipermudahkan. Thank God, ada kawan yg sudi bantu. Harap-2 aku dpt belajar baik-2...

And about my mom, harap-2lah mak cepat-2 pulang rumah, At least before I further my studies.. I'm enjoying my everyday life as a 'housewife'. I did actually. Byk perkara yg aku sudah belajar. If someday aku tinggal sorang-2, mmg aku takkan ada masalah utk berdikari nanti. :) Anyway, hopefully masalah familyku ni cepat-2 settle supaya aku boleh fokus dgn hala tuju hidupku yg sebenar. Be strong May...



Thursday 13 June 2013

Sangkar Emas



Bila sebut jak pasal ‘sangkar emas’, there’s only one thing yang aku fikirkan. KONGKONGAN. Yes! That’s it. Berkaitan dengan kebebasan dan had kebebasan. Sejauh mana kebebasan dapat dirasai jika berada dalam ‘sangkar’? pastinya hanya kebebasan dari segi penglihatan sebanyak 360˚. Tak lebih tapi boleh kurang. Hmm.. sejauh mana pula ‘sangkar’ ni boleh menyekat kebebasan seseorang? Bergantung dengan tuan punya ‘sangkar’. Tapi istilah ‘sangkar emas’ ni membawa maksud apa pula ya? Sedangkan ‘sangkar’ merupakan tempat kurungan, manakala ‘emas’ adalah sesuatu yang sangat berharga. Jadi, adakah terdapat ‘sangkar’ yang berharga secara realitinya?

Aku tergerak mau update tentang ni sebab aku mencuba untuk memahami bagaimana rasanya berada dalam keadaan dikongkong? Sejujurnya, aku bukanlah tergolong dalam ‘orang-2 yang dikongkong’. Tidak sama sekali. Sebab kebebasan terletak di tanganku. Walaupun masih berada dalam jagaan keluargaku, tapi mereka sama sekali tidak pernah menghalang kebebasan aku. Sejak aku lahir sudah sememangnya begitu acuan keluargaku. Tak pernah mengongkong mana-2 ahli keluarga. Boleh aku katakan, sememangnya parentsku sangat sporting orangnya.

Ada beberapa sebab kenapa familyku bukan jenis yang mengongkong atau menyekat kebebasan. Pertama, kerana kepercayaan. Dalam familyku ada 8 orang adik beradik, takda seorang pun yang dikongkong. We can do whatever we want. It’s up to us. Kenapa macam tu? Sebab adanya kepercayaan terhadap kami semua. Walaupun usia kami ada yang sudah matang, ada yang masih setahun jagung, tetapi hak kebebasan adalah sama rata. Kami semua dipercayai tidak akan melakukan sesuatu yang tak elok. Kerana kepercayaan ini didorong oleh sikap positif kami. That’s the second reason. Positivity dalam diri setiap dari kami sudah kental. Jadi, possibility untuk kami terjebak dalam perkara yang salah dan tidak bermanfaat adalah sangat rendah. Sikap positif dalam diri setiap daripada kami pula membawa kepada pemikiran yang rasional dan matang. See, that’s the third reason. And for me, that’s the main reason. Kematangan. Kami semua sudah cukup matang dalam menjalani kehidupan di dunia. Kami bukanlah berasal dari keluarga yang kaya raya, susah payah kehidupan kami sudah harungi bersama. Jadi, pengalaman itu telah mendewasakan kami secara pemikiran. So, memang boleh dikatakan, kematangan diri dalam familyku telah mewujudkan keadaan yang mengizinkan kami semua mampu mengatur kehidupan kami sebaik-baiknya tanpa perlu disekat.

Tapi, tidak ada sekatan/kongkongan tidak bermaksud kami tidak mengambil kira pandangan antara satu sama lain. Malah, dalam familyku begitu banyak perkongsian ilmu pengetahuan dan ilmu kehidupan yang membolehkan kami sama-2 bangkit dan menjalani hidup ini dengan sebaik-2nya.

Itulah kehidupanku yang tak pernah dikongkong. Jadi aku akan rasa janggal sekiranya kebebasanku disekat. Pernah juga aku terlibat dalam situasi tu, tapi bersebab. Sebab mustahak yang tak boleh aku sebutkan. Hakikatnya, masa kebebasan tu ada sedikit sekatan, aku jadi nanar. It wasn’t the condition that I like at all. I hate it and I don’t want it. But, for my own safety, I have to go through it. Just for awhile, but then I got my normal life back. Where nobody can’t interfere my life. I will do what I want to. But only the good things. I will never do anything that could harm myself or ruin my future. NEVER.

So, that’s me. Yang takkan pernah faham apa itu hidup yang dikongkong. Me, even pulang larut malam pun, family takkan risau. Because, they trust me. Aku pun bukan jenis yang golongan nakal jugak. Jalanku bersebab. Enjoyku terkawal. Kawan-2ku semua dikenal, and tempat lepakku memang ditahu. So, nak risau apanya. They know where to find me and they know with whom I hang out. Entahlah betulkah ayatku tu. Hehehe… tapi memanglah, jarang-2 aku dicari sebab pulang lambat, okay. Memang amazinglah kalau aku ditelefon time-time aku tengah hang out ni. Kalau pun ada incoming calls, tu sekadar call nak pesan barang lah jawabnya. Alah, bukannya tak risau ka apa. They really know me lah. Bukan budak jahat. And takkan buat bukan-2. Lagipun tahulah aku jalan pulang rumah tu. Kalau tak pulang pun jawabnya dok menginap di rumah kawanku Si Rahimah. Eleh, kalau aku tak pulang lagilah orang rumah sukak. Eh, pembetulan, kalau siapa-2 dalam familyku keluar rumah pastu tak pulang-2 (bermlm di rumah kwn) memang happylah. Kurang orang, plus kurang ‘piring’. Hahahaha… biasalah dalam familyku. No ordinary thing sudah tu. Cool, right?

So, aku tak paham ni, kenapa perlu ada kongkongan untuk anak-2? Untuk mengupas topik ni, aku cuba bagi pros and cons nya. (Ceh, bajet berceramah pula. Rasa macam tgh buat ucapan pulak) This is my very own opinion lah. From my point of view. Untuk pelajaran bagi aku and anyone yang ada terbaca entri ni.

Dari sudut kebaikan, memang susah nak tengok mana baiknya berada dalam ‘sangkar emas’ ni kan? Yalah, sangkar jer emas, tapi hakikatnya terkurung di dalam. Cantik dilihat pada luaran, tetapi hakikatnya si penghuni sangkar itu mengalami tekanan dari segi mental kerana terkongkong. Bila saya kata tekanan dari segi mental, bukan bermaksud ‘gila’ okay. Cuma berkaitan dengan gangguan dari segi perasaan, emosi dan pemikiran. Ya, this kind of situation memang akan berlaku. Bila seseorang dikongkong, dia rasa ‘didera’ dari segi mentally. Tak macam physical abuse, sakitnya lebih kepada kesakitan fizikal dan selebihnya jiwa. Tapi bagi mentally abuse, 100% penderaan terhadap jiwa! Gosh! Tapi, bukanlah bermaksud semua kongkongan ni bersifat ‘penderaan’. Jom kita tengok dari sudut kebaikan ye. Ingat, in any way of living, kita kena selalu bersangka baik. **God willing.

Apa baiknya dikongkong? Okay, bagi aku, sekatan kebebasan ni boleh membentuk disiplin dan peribadi seseorang. Seriously speaking, sekarang ni era moden, abad 21, bentuk kehidupan manusia pun banyak dipengaruh dengan budaya-2 baharu dan pengetahuan pun lebih advance. Majunya manusia tidak semua yang membawa manfaat. **May God have mercy. Clubbing, dating, sexual intercourse (underage), drugs, smoking, etc. Sebenarnya ada banyak contoh-2 budaya yang sangatlah tak elok dan berdosa utk dilakukan tetapi tetap juga dibuat. Bodohkan mereka? Dah tahu benda tu tak bagus tapi tetap nak buat. Hebatnya iblis sebab berjaya mengawal manusia. Hebatnya nafsu kerana menjadi tuan kepada manusia. Itulah akibatnya bila iman senipis kulit bawang. 

Nampak tak di mana baiknya bila kita dikawal oleh org yang menjaga kita? Kemungkinan untuk kita terjebak dgn hal-2 macam tu sangat jauh! Sebabnya kita akan lebih banyak masa berada di rumah bersama keluarga daripada bergaul dengan budak-2 yang otak mereng and tak betul jalannya. Kita ni mudah sangat kalau nak buat dosa tau, tapi untuk mendapatkan pahala tu sebenarnya lagi mudah. Cuma kita jak yang anggap susah. Mindset! Ya! Tukar mindset tu.

At least bila kita ni dikawal, takdalah kita berani nak buat benda yang bukan-2. Kita takut akan kena marah. Tapi, ada juga yang langgar peraturan tu. Sebabnya, jiwa memberontak. Hah, that’s the cons. Dalam hal kongkongan ni, perlu juga berpada-pada. Ya ampun, jiwa muda katakan. Mesti nak teroka banyak benda baharu. Kena juga bagi ruang untuk anak muda bersantai dan menikmati zaman remaja mereka. Jangan terlalu dikawal dengan ketat wahai ibu bapa sekalian. Kelak nanti jiwa remaja anda akan memberontak. Nanti tak pasal-2 dorg buat aib pula yang akan memalukan keluarga. Tak ke susah jawabnya tu? Jiwa muda ni memang cepat melenting. Aku cakap sebab aku tahu dan pernah lalui. Jiwa muda ni masih rapuh. Belum cukup kental dan tabah. Jadi mudah terasa dan mudah juga binasa. Hehehe…

Hah, macam mana nak atasi? God willing, didikan agama harus diutamakan. Apa-2pun, hanya Tuhan yang mampu merubah hati seseorang manusia. When the right time comes, even a serial murder can kneel down to his feet and ask for forgiveness from God. We never know, right? Semua membutuhkan masa.

So, agak-2 boleh ka bayangkan perasaan seseorang yang dikongkong? Sedih. Gembira. Dilindungi. Selamat. Kurang seronok. Mungkin itu yang boleh aku katakan bila menyangkut pasal dikongkong ni.

Bawak bersabar, suatu hari nanti, ada juga masanya anda keluar dari ‘sangkar emas’. Tapi, jangan sampai lupa diri bila sudah ada kebebasan. Ingatlah harga yang perlu anda bayar untuk sebuah kebebasan. Anda perlu berada dalam suatu kurungan untuk jangka masa yang lama barulah dapat terbang bebas.

Sepanjang tempoh dikurung, ingatlah segala pengajaran yang anda pelajari. Kadang-kadang kita akan merindui saat-2 kita dikurung tu. Sebabnya kita sudah terbiasa. Hidup bebas tapi tak bahagia dan bersendirian pun apa guna kan? Terkurung tak semestinya kita tak bahagia. As long as kita ingat Tuhan sepanjang masa, kita boleh manfaatkan benda-2 sekeliling yang berdekatan untuk mencipta kebahagiaan.

Sentiasa beringat, hidup ni memang tak sah kalau tak diuji. Setiap detik kita diuji. Kesabaran janganlah seperti chipsmore. Kejap ada kejap takda. Jadikan kesabaran tu seperti oxygen, sentiasa kita perlukan, dan kalau takda kita juga yang susah, tak boleh bernafas. Dengan kata lainnya, kalau kita ni takda kesabaran, memang payahlah nak hadapi kesulitan dengan tenang. Asyik nak melenting jak, tak penatkah?

Hidup dikongkong or tak sekalipun, just live your life to the fullest. Takda alasan untuk tidak bahagia. Cari jalan kebahagiaan tu. Hargai apa yang ada depan mata. Nanti bila dah takda baru mau nangis-2 mencari. Masa tu jangan haraplah boleh putar ke masa silam utk tebus kesalahan. Takda maknanya. Ingat, hidup kerana Tuhan, sentiasalah menjadi insan yang boleh dibanggakan dan semoga sentiasa berada dalam lindunganNya. **God willing.

Sunday 9 June 2013

Flashback : Interview and Earthquake

Huha huha..huha huha.. Dah masuk bulan Jun rupanya. Huh, cepatnya masa berlalu. Setahun setengah sudah 2013 berlangsung, dan aku masih duduk di rumah jadi suri rumah tak berlakik. Dussshh! Dah nasib badan. Bila cari kerja, org tgk result kita, trus tak nak amek. Hmm, katanya 'I'm sure you gonna further your study after this' .. Alahai, mmglah aku mau sambung study, tp at least bglah aku chance kerja sebentar. Hantar resuma sana sini pun takdak guna, sbb panggilan satu apapun tak dpt. Ok, takda rezeki. Nak cari kat bandar tu susah, sbb timing tu yg aku xbrapa berkenan. Kena pulang malam. Hmmm, no,no,no. Aku mana blh pulang mlm, sapa nak amek? Ayoyo.. Kalau berjalan-jalan berjoli di malam hari tu aku boleh lah, tp klu utk kerja mmg tak boleh.. Hehehe... And finally, I ended up staying at home 24-7.

Sinca Insomnia is still part of my life, so I have to blogging rather than I just laying down doing nothing. Hmm, English dah terkeluar. Hehe. Practice in progress to speak English very well after this. Hope so. :)

Aku imbas kembali dua peristiwa penting yang terjadi bulan lalu dan bulan ini. Well, well.. Last month mmg agak gila punya bulan. Last month merupakan bulan yg dipenuhi dgn panggilan temuduga dari U. Amboi, bahasaku skema. Haha. Yala, last month tu keluar keputusan temuduga bg kos-2 yg dipilih bertemuduga. Malang bg aku, 4 pilihan utama dlm borang UPU ku semua ada # yg bermaksud kena bertemuduga. 4 pilihan utamaku tu utk UM dan UKM. Well, aku mmg teringin mau masuk UM. God willing, semoga ada rezeki di sana. Memandgkan abg sulungku tgh study utk Phd di UM tu, rasanya mmg bgslh klu dpt UM jgk. Blh sama2 dgn abgku. Huhu..

Tapi yg lebih malang menimpa hidupku, 1 panggilan U pun aku tak dapat!! What the duck?! Ergghhh! Sapa cakap aku tak meroyan? Meroyan tahap naga aku. Dekat seminggu aku tak bckp dgn org rumahku. Aku pegal okay. Sangat pegal. Aku stress and aku just mahu menyendiri time tu. Takda mood mau berckp dgn sapa-2. Nasiblah ada cikgu rapat sorang ni pujuk-2 aku jgk supaya bykkn bersabar. Huhu. Okay, bukan seorg cikgu, tapi ada beberapa. Hehe. Alala, aku mmg manja bh dgn cikgu. Haha. Mau buat mcm mana, dah mmg aku rapat dgn ckg-2 tu. Untunglah kan. Kamcing dah. Pastu, kawan-2 pun byk yg bg kata-2 smgt. Suruh aku jgn give up. There must be something even good waiting for me ahead. Ya, cuba mempositifkan diri dgn pikir mcm tu jgk. 

Cemburu mmg cemburu. Kawan sampai dpt 3 4 panggilan temuduga, aku haram 1 pun tarak dapat. Aiyoo macah, apa macam saya tidak dapat itu panggilan temuduga? Jadi cikgu musti mau hadir itu interview apa. Mcm mana mau jd cikgu Inggeris klu tak panggil saya interview. Ayoo, ayoo, saya manyak sakit hati oo.. **Nah kau, keluar loghat Indian and Chinese sekaligus.. Hahaha. 

Rugilah mana-2 U klu x amik aku sebagai pelajar mereka. Haha. Poyonya aku. Konfident sangat!

Well, well.. Saya ok, saya dah besar.. Hehe. Iklan sebentar. Hmm, first punya result interview yg kluar was from UPSI. Ok fine, aku tak dpt UPSI. Means aku da tak layak la. Mmg gila aku menangis dari tgh mlm sampai subuh gara2 UPSI. Dua hari juga aku berkabung dibuatnya. After that, redha sudahlah. Its ok, I let go of UPSI. Pergi jauh-2 UPSI, aku dah tak sukak dgn hang. Kihkihkih. Sapa suru hang reject aku awal-2. Huhu.

Then, result interview yg lain-2 pun keluar. Aku tgu-2 utk UM sbnrnya. **Mengharap sgt-2. Then, it turns out that I didn't get any interview from UM. UKM also. **HEARTBROKEN AGAIN. Okay fine, UPSI tak dpt, aku blh trima bh. Tp UM? UM yang aku TERGILA-GILAKAN tu pun aku tak dpt? Omaigod! Omaigod! Bagus kau bunuh jak aku sekali UPU. Punya teruk kau layan aku. Satu temuduga pun kau tak bagi aku,kan? Give me a rational reason why didn't get any of it?!

Patah hati seribu, dua ribu, tiga ribu berribu-ribu.. Huhuhuhuuuuu...

Nangis lah bah. UM bah tu. Even utk TESL pun aku tak dpt tu interview, apalagi utk Law. Masa tu si Jumadi yg inform pasal semakan interview UM dah bukak. Then aku kol dia balik dgn kecewanya bagitau yg aku tak dapat. Si Jumadi dapat k. Dia dapat and I was like..how lucky he is..

UMS dgn UITM pun aku tak dpt. Ok fine. Macam give up sudah aku time tu. Meroyan aku di FB. **Perangai burukku. Ya, kadang tak boleh fikir rasional juga sampai aku post d FB aku cakap mau bakar slip STPMku. Sapa-2 di tempatku pun mesti bengang. Result STPM cantek jer. Alahai, budak 4flat tak dpt interview.. Blablabla.. Sakit jer hati ni. Dpt 4flat pun tak dak satu interview aku dpt?! Walaweh.. Paling manang sudah tu. Naa, ingt aku mati-matian dpt result begitu utk pameran jer ke. Apasal UPU ni kejam sgt dgn aku,hah? Agak lah bh. At least bglah aku satu interview. Kedekut entah apa.

Disebabkan tu, aku dah give up. And I said, takpalah, klu takda rezeki sambung belajar, aku cari kerja jaklah dgn result STPM tu. Bengang semua kawan-2 bila aku ckp macam tu.

That is so not me! Mayliana Yunus tak pernah mengalah walau diuji dgn badai apapun ok! Yeah, I know. Aku give up xsampai sejam jer tu. Hahaha.. Biasalah, overwhelmed dgn kekecewaan time tu. But its okay, Tuhan uji aku. So, tawakal time tu sbb tak dpt interview, let see keputusan UPU Julai nanti jerlah aku cakap.

Then, a friend of mine pun bantu aku. Kawan yg dpt interview UM ni, aku suruh dia tanya-2kan staf UM di tempat di interview tu. Tnykn pasal kes aku ni. Yala, result ok tp interview tak dpt. Alah, suruh tny-2 in case aku tercicir ka apa. Eh, tak pasal-2 pagi-2 masa tanggal 21 May hari tu aku dpt phone call dari si kawan, dia suruh aku dtg p KK esok pagi jugak utk interview! Woah, woah! Slow it down baby, why are we rushing? 

Rupanya kawan dah tanyakan dgn staf UM di tmpt dia interview tu, staf tu suruhlah aku dtg utk interview. Gila kau! So, I guess pakai cara licik pun xpala kan? Haha haha. Well, sometimes kita kena guna cara lain drpd yg lain. Tak kesahlah aku guna org dalam sekalipun, yg pentg aku dpt interview tu. Staf UM tu punyalah baik hati. Main letak jer nama aku dlm list, pastu kelentong ckp aku ni ketinggalan bus jd esoknya bru dpt dtg utk interview. Hehe. May God bless her. Tak sangka dpt jumpa org sebaik itu. Tapi eh, number phone dia dah hilang la pulak. :( Hmm, kena cari balik nnt.

So, for the first time in my life, pada 21 May, aku pun bergerak ke KK. 20 tahun aku hidup di Tawau, itulah kali pertama aku keluar dari Tawau, kesian kan? Hmm. Sgt kesian. Tapi its okay. Yg pntg aku masih diberi kesempatan jugak utk teruskan hidup walau di manapun aku berada. Masa hari pergi KK tu aku punyalah rushing. Aku busy temankan kawan pegi SMKJA utk urusan ckit, lewat ptg bru aku sampai rumah. Busy lg mau kemas sijil-2. Kalau baju tu aku men rembat jak 2 3 helai, lantaklah. Yg pentg, kena bawak baju kurung. Hehehe.

Naik bus Tung Ma, jalan pukul 8 malam, and aku sorang jer. Tu part paling best. First time keluar dari Tawau, takda yg teman. Sorang-2 jer. Ececeh, trep berani betul. Hahaha. Tapi mmg tak takut pun. Duii, nak takut apanya. Di KK nnt ada jugak kawan yg pungut aku. Hehe. So, masa naik bus tu, aku risau jugaklah klu-2 aku kena mabuk bus ka mcm yg org selalu kenak tu kan. Tapi eh-2, punya steady aku dlm bus tu. Mual ka mabuk apa lgsg takda. Syukur, syukur, Means, aku ok jer ni. Takda lah mabuk-2 ka apa. Ok jgk tu. First time naik bus utk perjalanan jauh tapi aku x mabuk. Good job body! Hehe. Tubuhku sgt memberi kerjasama yg baik. Hehe. Tapi yg tak bestnya, even dalam bus pun aku tak boleh tidur. Ayoyo. Along the way, aku takat tidur-tidur ayam jer. Punyalah teruk. Ada jgklah aku tertidur 2 jam lebih gitu, lepas tu, jam-2 selebihnya aku stakat tutup mata jak, tapi tak tidur langsung. Dahlah interview aku pukul 9. Penat dari berurusan di SMKJA xhabis lagi. Recharge tenaga pun belum lagi. Ayoooo.. Teruk btl lah time tu. Insomnia punya pasallah. Huh! 

Spnjg perjalanan, aku dok mghadap pokok-2 kat tepi tu jer. Gelap mmg gelap. Lepas tu dpt tgk jalan raya yg berbelit-2 mcm ular.. Best lar. I suker jalan-2 merantau ni. Suka memerhati. Mmg fevret I. Haha. Lg best, jalan sendiri-2, jd penghayatan tu tak terganggu. Hahaha

Masa kat KK, punya teruk aku sampai pukul 4 subuh di terminal, jam6 pagi baru si kawan dtg ambil aku. Sejam aku duduk di terminal, tp disebabkan ada sekumpulan lelaki dok menanyak aku mcam-2 time tu, pergilah aku lari masuk restoran. Hahaha. Breakfast di restoran entah apa nama tu. Sejam lah aku melepak di situ sambil prepare-2 utk interview. Maka, aku study Pengajian Am lagi time tu ya.. Hahahaha.. Bab Mahkamah. Terpaksa refresh balik otak. Nak interview utk course Law, bukan calang-2 beb. Personaliti kena mantap, pengetahuan kena kaw-kaw.

Masa interview tu, ada dua org yg interview aku. Sorang tu mcm lebih byk memerhati aku. Mgkn nak 'building profile' aku. Means, dia nak tgk perwatakan aku semasa aku sedang ditemuduga. Sbb yg sorang lagi dok tanya aku macam-2. Aku pun dgn English yg berterabur menjawab jugalah dgn yakinnya. Tak kisah Englishku tu dah tak hebat, yg penting aku kena yakinkan dorg utk ambil aku belajar kat UM. And I really hope to pass the interview so that I can get UM. Amen. God willing, mudah-2an aku dapatlah UM tu.

Walaupun hakikatnya aku setakat masuk menyelit dlm interview tu memandgkn aku sebenarnya tak dpt, tak kesahlah. Janji Tuhan dah bukak jalan utk aku. Aku dtg jer, terus naik ke atas utk interview, takda tgu-2 kat dewan pun mcm yg lain. Hehehe. Best kan klu guna cara licik. Tak payah pun beratur. Dua minit jer aku menunggu di luar bilik interview, lepas tu aku terus dipanggil masuk. Thank God. Sgt dipermudahkan urusanku time tu. God willing, harap dapat.

Masa kat KK tu memang shopping sakan, duit simpanan aku mmg hangus. Hahaha. Tapi takpa, duit blh dicari, lagipun aku mmg boros. Hahaha. Umm, lagi tu, aku sempat jumpa bestie aku c Nita masa di sana. Dpt juga lepaskan rindu. Miss her so bad....

So, otw pulang ke Tawau, aku naik kereta!! Yahoooo.. Pengalaman baru lagi utk aku. Tak jadi naik bus, walaupun sebenarnya tiket dah beli, hangus lagi RM40. Hehehe. Kebetulan abg sepupu kawanku drive plg Tawau. So, kami join dia lah. Utk teman-2 dia konon. Abg tu baik, dia tahu kan aku ni jakun xpernah keluar dari Tawau, jadi mmg dia bwk jalan-2 lah time tu. Kami gerak pukul 8 malam klu xsilap. Spnjg perjalanan, mmg riuh kereta tu dgn bunyi lagu. Maximum pulak tu speaker. Hahaha. Abg tu ada kasi tunjuk aku gunung Kinabalu, walaupun masa tu gelap and berkabus, tapi aku dpt tgk jgklah gunung Kinabalu depan mata. Indah! Dan muncullah imaginasi dlm kepala otakku. Hehehe. Maybe nak tulis cerita or puisi kot. We'll see how things going on nanti. Kundasang pun abang tu ada bg tgk! Argghh! Kalau jalan waktu pagi dptlah aku singgah. Malangnya time tu tgh malam. Btw, abg tu bawak kereta punya main laju. Drift dia! Walaupun sudah dibg warning oleh Kak Fie (kakak sepupu kawanku yg punya kereta tu) supaya jgn bwk laju-2, tp xmakan nasihatlah abg tu. Hehehe. Thank God, nothing happen jugak. Semuanya selamat. And then, abg tu singgah kat LD. Yahooo! Akhirnya aku sampai jugak kat LD.. Seruuuuuuu! Ada aku bgmbr d LD tu. Haha. Kau pikir, breakfast d LD joe. Hahaha.

Abg tu mmg sporting lah. Dia ada ckp, 'kan bgs kau ikut aku, boleh jalan-2. kalau naik bus manada dpt singgah-2 begini.' Hehehe.. Eya bang. Thanks a lot! Trip ke KK utk interview tu mmg BEST! See, utk org first time mcm aku mmg byk bnd baharu yg aku teroka. Bg dah biasa p KK tu, feeling dorg tak sama mcm aku. Aku appreciate sgt opportunity dpt travel ke KK tu. Mmg awesome!

***

Okay, tutup cerita pasal interview dan KK. Skrg flashback kisah dua hari yg lepas. Khamis. Malam jumaat weh. Mlm Khamis tu jugak merupakan Malam Israk dan Mikraj. Aku kurang arif pasal Israk & Mikraj ni tapi aku tahu juga detailnya. Sbb aku study Tamadun Islam, tajuk Israk & Mikraj ni cikgu takda ajar. Sbb tak berpotensi utk dijadikan soalan maybe, tapi aku buat research aku sendiri. Well, tahulah aku ni mmg sukak study benda-2 yg advance. Memandgkn aku ada buku-2 yg kuno a.k.a macam dari zaman batu utk Sejarah, aku study kaw-kaw lah benda-2 yg Advance. Utk pengetahuan supaya ilmu dlm otak ni bertambah and klu buat esei or penyampaian, ilmu taklah cincai-cincai kan. Tahu banyak benda will help me a lot to gain more. Winks~

Cerita sebenarnya, masa malam Khamis yg lepas berlaku gegaran di Tawau ni. OMG! Pukul 3 lebih tu, subuh pulak tu. Masa tu mmg Insomnia ku main peranan lagi. Aku tak boleh tidur dibuatnya. Hampir 3 jam aku mghadap laptop menaip sambungan crita 'Panggil Aku Sue' tu, then bila lappy dah lowbat, aku pun dok landing-2 atas katil sambil dgr mp3. Aku try-2 tutup-2 mata time tu tp tak dapat. Sejuk jugak time tu. Ada beberapa kali aku tgk kilat ni. Tp aku xdgr bunyi guruh. Padahal kawan-2 aku ckp kuat bunyi guruh mlm tu sbb hujan lebat. Aku tak taulah pekak badak aku ni tahap berapa, tapi aku mmg tak perasan time tu hujan and ada bunyi guruh yg kuat. Huh?! O.o 

So, tiba-tiba aku rasa katilku ni b'gegar-2. Adalah dlm beberapa saat begitu. Aku pandang kakak ku yg tgh tidur di sebelah. Uish, tidur mati jer dia. Syok tu tidur tak berkutik langsung! Dan aku pun berfikir yang serong time tu. Hahaha. Aku serius tak tahu gegaran yang aku rasa time tu rupanya btl-2 gegaran yg berkaitan earthquake. Aku punyalah dok pikiaq yg time tu ada 'setan' entah mana goyang-2 katil aku. Seram jugak time tuh. Aku siap counting lagi tu. Mengira menunggu masa 'setan' tu pegang kaki aku ka pulak. Huhuhuuuu.. Gila betul aku blh b'pkir macam tu. Tp aku mmg menunggu tp takda. Thank God. Tak putus-2 aku berdoa time tu supaya dijauhkan dari perkara-2 yg x elok. Thank God. Syukur jgk takda pa-2 berlaku malam tu. Gegaran tu pun aku dgr tiada kesan sampingan yg tak bagus. Cuma, sebaiknya kena byk-2 berjaga lepas ni. 

Byk btl benda yg terjadi dlm hidup ni. Mmg rugi klu kita bazirkan sesaat pun. Tapi kita kan manusia, mmg kadang buat silap. Macam aku jugak, byk buat silap. Aku cuba perbaiki mana-mana ruang yang aku lemah. Tapi bukanlah bermakna semua benda blh diperbetulkan. Kadang bila aku dah bulat hati dgn sesuatu keputusan, seumur hidup aku akan perjuangkan keputusan tu. Choices that I made for my future, its up to me. And only God has the right to let it happen or not. 

Aku bukan malaikat, jgn pernah harap aku akan jadi seperti itu. Aku tetap manusia yg pasti akan buat silap. Bila aku dah pilih jalanku, mohon jgn pertikaikan. Aku sendiri yg akan jalan di jalan itu walau sesulit mana sekalipun. Dan, aku tak suka pandang belakang. Once aku dah kata aku move on, aku move on tanpa menyesali sedikitpun keputusanku. Dah byk perkara yg buat aku move on. Aku kecewa, tersakiti, atau terluka krn perbuatan manusia yg lepas-2 tu lah yg byk ajar aku erti kehidupan. Aku lupakan perkara-2 tu dan bina hidup dan diriku yg baru, lebih kuat dan lebih kental. Aku takkan berpatah balik. Walau sehebat mana aku pernah sygkan sesuatu,seseorg atau apa lah dulu, tapi bila aku sudah dilukakan, jgn harap aku akan pusing balik and terima semula. Enough is enough. 

Thanks sbb pernah cipta episod duka dlm kehidupan saya. Saya dah lupakan awak. Saya dah hapuskan semua tentang awak dari hidup saya. Klu suatu hari nnt bru awak tiba-2 dtg nak cari saya, lupakan niat tu. Saya dah tak macam dulu lagi. Ini adalah aku yg baru. Takkan mengulangi kesilapan yang sama lagi. 

Tak semua org suka kita,right? So, jgn paksa org utk suka kita. Aku tahu betul situasi begitu. Tak pernah akan paksa org utk suka aku, tp tak pernah terpikir utk mereka benci aku. Hak anda. Terserah. Asalkan saya bahagia. Hanya kerana Allah.

Thursday 6 June 2013

Semua Tanya Aku, Kenapa Perlu DELETE?

Okay, rasanya untuk beberapa entree akan dtg, aku terpaksa gunakan bahsa Melayu. Sebabnya? Otak aku dah beku. Kamus English dlm kepala aku tiba-tiba tak boleh berfungsi lagi. Oh tidak~

Ok, saya dalam proses untuk belajar semula Bahasa Inggeris. Hmm.. Memandangkan hari-hari aku duk bertapa di rumah, better aku buat something yang bermanfaat. Well, setiap hari pun aku ada buat benda bermanfaat. Hello, tidur pun kira bermanfaat juga sebab bagi rehat otak kita. Ok, falsafah biologi saya dah terkeluar. Dan hujah-hujah aku sekarang pun sudah menyimpang jauh dari tajuk utama kat atas tu. Tutup cerita pasal otak BI yang berkarat, solusinya, aku sedang mengkaji semula kamus BI sekarang. Mau khatam kamus tu. Ok, fullstop cerita tu.

Rasanya sepanjang minggu ni aku diasak dengan satu perkataan saja. KENAPA? atau WHY? Dapat panggilan, semata-mata tanya aku, 'KENAPA May?' .. Lepas tu, dapat sms pun tny 'KENAPA May?' . Tak cukup dgn calling dan texting, inbox aku di FB pun ada jugak terpancul soalan 'KENAPA May?' . And, di rumah pun aku siap ditanya perkataan yang sama, dan malas aku mau taip lagi.

Apa yang aku buat sampai semua orang tanya aku 'kenapa?' tu? Aku cuma mintak semua kawan2ku DELETE/PADAM mana-mana gambar yg ada mukak ku dalam FB tu. Eya, cuma itu. Tapi, nampaknya permintaanku yang kecil tu menjadi tanda tanya yang besar untuk semua kawan-kawanku termasuklah dua orang kakakku yg sengal ni.

Kakak yang muda ni bolehlah aku buang sendiri gambar2 aku yg ada dalam FBnya. Tapi kakak yg tua tu punya degil tahap gaban tak mau buang gambar2ku. Ada 15 keping weh gambar aku dlm FBnya! Omaigod! Memang menggila aku kena suruh dia padam gambar tu. First, aku cakap selamba badak, suruh dia delete 15 keping gambar di FB yg ada mukak ku tu. Sehari, dua hari, belum jugak dia delete. Ok, dia memang mau aku guna cara kekerasan. Siap buat sinetron aku di rumah gara-gara si kakak xmau delete gmbrku. Suara memang volume tahap maksima plus ada bass lagi tu. Berteriak-teriak macam org kena histeria semata-mata suruh padam gambar jer tu. Ok, aku akui memang agak kurang ajar tem tu. Terdesak sgt sudah aku tem tu. Mesti jugak padam semua gambar2 aku yg ada di FB dlm minggu ni! But still, si kakak tua degil. Aku pun naik hantu jugak tem tu. Pergilah tanganku buat perkara jahat. Aku update status kat FB memaki hamun. Maki hamun yg aku tujukan utk si kakak tu. Kebetulan tem tu dia online jugak. Bila dia baca jak post aku, automatik dia terasa! Hah, memang aku tujukan untuk kau pun. Dan direklah dia delete semua gmbr2 aku siap mengamuk cakap dia xkan upload da gambarku walau sehelai rambut pun. Ngehehehe. Memang itu yang aku mahu pun!

Semua org pun tertanya2, what had happened sampai aku mendesak sgt suruh padam semua gambar ni? Habis semua kawan2 aku send link photo kat dorg yg ada mukak ku, aku suru delete gmbr tu. Walaupun dlm gmbr beramai2, aku tetap suruh padam! Walau cuma ada gmbr mukaku sipi-sipi, walau hanya kelihatan belakangku dlm gmbr tu, aku tetap suru padam. Delete! Delete! Hah, meroyan aku kalau diaorang ni tak delete tau. Terpaksa aku urge dorang suru padam. Kenak paksa juga dorg. Aku tahu aku byk terlepas pandang gmbr2 lain. Aku tahu masih byk lg gmbr yg ada mukak ku kat FB tu. Semua pun kena ambil masa. Yg penting aku rasa di FB ku, photo2 yg aku d'tag sudah hampir semua dipadam. Aku sendiri pun sudah padam byk album di FBku. Cuma album xpentg jak tertgl.

Sampai sekrg aku berusaha stalk, 1 per 1 FB kawan2ku utk cari2 mana2 gmbr yg ada mukakku. Perlu dihapuskan dgn kadar segera! Xkesahlah aku kena mghadap FB sepanjg hari utk berminggu2, asalkan aku dapat padam semua gmbr yg ada mukak ku d FB tu. Instagram lg 1 hal. Memang aku malar berInstagram sejak masuk tahun ni. Tapi baru ada beberapa gmbr la yg aku post. Hmm, gmbr2 mukak ku pun hampir 70% sudah terdelete. Nanti bru aku smbg lg padam. Instagram senang, sikit jer gmbr muka ku. Twitter lg la. Cuma dua tiga keping jak gmbr muka ku rasanya. Aduhai, mudahan2lah dipermudahkan urusanku untuk hapuskan semua gmbr2ku dari laman sosial ni. Nasiblah baru hampir 5 atau 6 tahun aku berFB tu. Jadi, taklah byk manapun gmbrku. Aku ndak jugak berapa gemar upload gmbr sampai bertimbu2.. Cuma tu la, dulu kan nakal, memang malar jugak upload gmbr. Sekarang aku cubalah selongkar mana2 post atau album yg ada bertenggek muka ku. Huh, kena padam! Kena padam!

Eh, soalan 'kenapa' yg bertimbun2 dari kwn2ku tu belum terjawab lg kan? :)

Kenapa saya suruh padam semua gambar2 yg ada muka sy dalam Facebook?

Sebenarnya sy sendiri takda jawapan yg kukuh utk soalan itu. Hahahaha.. Lama sudah aku berniat mau delete semua photos berkaitan aku dlm FB tu. Dlm mimpi ku pun itu juga benda yg aku terpikirkan. Tapi aku belum ambil apa2 tindakan masa ada niat tu mula2. Mungkin sekarang waktu yg tepat utk buat semua tu. Aku minta dgn berhemah supaya kwn2ku bantu aku check mana2 album dorg yg ada gmbrku then delete. Mujurlah, kwn2 semua baik hati. Bila aku suruh padam gmbr2 tertentu, dorg direk padam jak. Tp lepas padam tu dorg akan tny juga knp. Aku sekadar ckp, 'adalah'.

Memang itu jawapan poyo mintak penampar. Tapi itu jak aku mampu bg sbg jwpn. Sebab aku sendiri takda jawapan yg pasti. Aku xmau suda ada gmbrku d FB. Kenapa? Hah, yg tu memang aku checkmate tak dpt jawab sudah. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sbg persiapan kali? :)

Persiapan utk apa, biarlah aku sorang jer yg tahu. Kalau aku ckp skrg, nnt tak jadi pulak kan? Cukuplah sahabat seorg tu jer yg tahu. Aku percaya dgn dia. Lgpun dgn dialah yg aku byk mintak bantuan skrg. Hmmm.. Lepas ni xtau mau jawab apa kalau diajukan soalan 'kenapa' lagi. Aduhai.....

Harap2lah lepas ni aku tak kena tembak lagi dgn soalan 'kenapa' tu. Bosan ler. Just delete. Xterganggu pun kehidupan kamu klu padam gmbrku yg xseberapa plus xda harga tu. Buat menyemak jak di FB. Dan buat aku susah hati jer kalau kamu xpadam2.. Huhuhu.. Oklah, sekarang aku kena stalk lagi FB kwn2.. Manatau ada gmbr yg aku terlepas pandg. Huhuhu.. Memang parah kena menghadap laptop terus. Tp apakan daya. Kena berusaha jugak padam semua gmbr2 berkaitan aku! Chaiyo!. :)

Tuesday 4 June 2013

Antara Dua Hala, Dua Jalan, Hanya Aku Seorang

12.19 a.m aku mula menulis entree ini. Aku dalam kebingungan. Aku dilanda dilema, keresahan dan seakan berada dalam sebuah bilik yang penuh persoalan.

Manusia dan dugaan mmg xkan terpisahkan bukan? Normal la kalau manusia berdepan rintangan. Jadi, kenapa perlu aku berasa takut? Mungkinkah kerana rintangan yg aku hadapi bukan calang-calang dan melibatkan status ku sebagai insan pada masa hadapan serta mungkin akan kehilangan insan yang menduduki tempat kedua di hatiku?

Aku sudah menjangka, bermacam-macam hal akan berlaku sekiranya aku nekad melakukan hal yang satu ini. Tapi apakan dayaku, andai itu sudah NIATKU? KEINGINANKU? Siapa kamu untuk menghalang sekalipun kamu mempunyai pengaruh besar dalam hidupku? Tetapi andai Tuhan merestui NIATKU dan mengizinkan aku untuk pergi ke arah itu, restui saja diriku. Tiada apa yang mampu kamu lakukan untuk menidakkan takdir yang Tuhan telah tentukan.

Bukanlah aku tidak tahu bersyukur, jauh sekali kerana sudah tidak memahami jalan yang sekarang ini. Hanya kadang kala sesuatu terjadi secara tiba-tiba dan kita tidak menemui jawapan kenapa berlaku sedemikian. Hanya Tuhan punya jawapan itu.

Aku menyimpan niat ini awalnya hanya suka-suka. Tidaklah serius mana. Tetapi apabila semakin meningkat dewasa, aku masih menyimpan niat yang sama. Hanya aku tak mempunyai keberanian untuk meluahkannya. Aku lebih kepada takut sebenarnya. Takut akan kehilangan orang-orang yang aku sayang sekiranya aku nekad juga. Tapi apalah makna aku hidup tanpa pegangan yang utuh? Aku mahukan niat itu termakbul, tetapi kuatkah aku untuk menghadapi badai yang akan menyusuli?

Bersedia atau tidak, aku perlu juga hadapi, kan? Mungkin dengan sokongan sahabat-sahabat terdekat, aku mampu menggapai apa yang telah lama aku idamkan itu. Aku perlu mencari kekuatan untuk meluahkan sesuatu yang aku inginkan.

Bukankah aku insan yg POWERFUL? To be listed as one of the best in Sabah, cukup memberi bukti bahawa diri ini bukanlah calang-calang. Bukan hendak membangga diri, tetapi ingin melihatkan diriku sendiri bahawa aku mampu melakukan sesuatu yang luar biasa andai niatku sudah bulat dan usaha ku berganda-ganda.

Untuk sahabat-sahabat tercinta, aku pasti kamu tahu NIAT apa yang aku maksudkan ini. Doakan aku mampu mengharungi apapun cabaran mendatang untuk mengejar impianku itu. Doakan aku menemui jawapan untuk hala manakah yang harus aku tujui dan jalan manakah yang harus aku susuri.

Dear God, apapun jalan takdir yang terhampar untukku pada masa hadapan, aku mohon agar Engkau merestui aku. Berikan jawapan atas semua persoalan yang berlegar-legar di mindaku. Bantu aku untuk mencari jawapan. Bimbing aku ke arah yang sepatutnya.

Andai ditakdirkan untuk aku meninggalkan Engkau, aku mohon ampunkan semua dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang menjadi hambamu. Andai ditakdirkan aku menjadi insan yang baharu pada masa akan datang, restui aku sebagai insan yang baharu itu.

Terima kasih Tuhan selama Engkau menjaga aku. :)