Thursday 6 June 2013

Semua Tanya Aku, Kenapa Perlu DELETE?

Okay, rasanya untuk beberapa entree akan dtg, aku terpaksa gunakan bahsa Melayu. Sebabnya? Otak aku dah beku. Kamus English dlm kepala aku tiba-tiba tak boleh berfungsi lagi. Oh tidak~

Ok, saya dalam proses untuk belajar semula Bahasa Inggeris. Hmm.. Memandangkan hari-hari aku duk bertapa di rumah, better aku buat something yang bermanfaat. Well, setiap hari pun aku ada buat benda bermanfaat. Hello, tidur pun kira bermanfaat juga sebab bagi rehat otak kita. Ok, falsafah biologi saya dah terkeluar. Dan hujah-hujah aku sekarang pun sudah menyimpang jauh dari tajuk utama kat atas tu. Tutup cerita pasal otak BI yang berkarat, solusinya, aku sedang mengkaji semula kamus BI sekarang. Mau khatam kamus tu. Ok, fullstop cerita tu.

Rasanya sepanjang minggu ni aku diasak dengan satu perkataan saja. KENAPA? atau WHY? Dapat panggilan, semata-mata tanya aku, 'KENAPA May?' .. Lepas tu, dapat sms pun tny 'KENAPA May?' . Tak cukup dgn calling dan texting, inbox aku di FB pun ada jugak terpancul soalan 'KENAPA May?' . And, di rumah pun aku siap ditanya perkataan yang sama, dan malas aku mau taip lagi.

Apa yang aku buat sampai semua orang tanya aku 'kenapa?' tu? Aku cuma mintak semua kawan2ku DELETE/PADAM mana-mana gambar yg ada mukak ku dalam FB tu. Eya, cuma itu. Tapi, nampaknya permintaanku yang kecil tu menjadi tanda tanya yang besar untuk semua kawan-kawanku termasuklah dua orang kakakku yg sengal ni.

Kakak yang muda ni bolehlah aku buang sendiri gambar2 aku yg ada dalam FBnya. Tapi kakak yg tua tu punya degil tahap gaban tak mau buang gambar2ku. Ada 15 keping weh gambar aku dlm FBnya! Omaigod! Memang menggila aku kena suruh dia padam gambar tu. First, aku cakap selamba badak, suruh dia delete 15 keping gambar di FB yg ada mukak ku tu. Sehari, dua hari, belum jugak dia delete. Ok, dia memang mau aku guna cara kekerasan. Siap buat sinetron aku di rumah gara-gara si kakak xmau delete gmbrku. Suara memang volume tahap maksima plus ada bass lagi tu. Berteriak-teriak macam org kena histeria semata-mata suruh padam gambar jer tu. Ok, aku akui memang agak kurang ajar tem tu. Terdesak sgt sudah aku tem tu. Mesti jugak padam semua gambar2 aku yg ada di FB dlm minggu ni! But still, si kakak tua degil. Aku pun naik hantu jugak tem tu. Pergilah tanganku buat perkara jahat. Aku update status kat FB memaki hamun. Maki hamun yg aku tujukan utk si kakak tu. Kebetulan tem tu dia online jugak. Bila dia baca jak post aku, automatik dia terasa! Hah, memang aku tujukan untuk kau pun. Dan direklah dia delete semua gmbr2 aku siap mengamuk cakap dia xkan upload da gambarku walau sehelai rambut pun. Ngehehehe. Memang itu yang aku mahu pun!

Semua org pun tertanya2, what had happened sampai aku mendesak sgt suruh padam semua gambar ni? Habis semua kawan2 aku send link photo kat dorg yg ada mukak ku, aku suru delete gmbr tu. Walaupun dlm gmbr beramai2, aku tetap suruh padam! Walau cuma ada gmbr mukaku sipi-sipi, walau hanya kelihatan belakangku dlm gmbr tu, aku tetap suru padam. Delete! Delete! Hah, meroyan aku kalau diaorang ni tak delete tau. Terpaksa aku urge dorang suru padam. Kenak paksa juga dorg. Aku tahu aku byk terlepas pandang gmbr2 lain. Aku tahu masih byk lg gmbr yg ada mukak ku kat FB tu. Semua pun kena ambil masa. Yg penting aku rasa di FB ku, photo2 yg aku d'tag sudah hampir semua dipadam. Aku sendiri pun sudah padam byk album di FBku. Cuma album xpentg jak tertgl.

Sampai sekrg aku berusaha stalk, 1 per 1 FB kawan2ku utk cari2 mana2 gmbr yg ada mukakku. Perlu dihapuskan dgn kadar segera! Xkesahlah aku kena mghadap FB sepanjg hari utk berminggu2, asalkan aku dapat padam semua gmbr yg ada mukak ku d FB tu. Instagram lg 1 hal. Memang aku malar berInstagram sejak masuk tahun ni. Tapi baru ada beberapa gmbr la yg aku post. Hmm, gmbr2 mukak ku pun hampir 70% sudah terdelete. Nanti bru aku smbg lg padam. Instagram senang, sikit jer gmbr muka ku. Twitter lg la. Cuma dua tiga keping jak gmbr muka ku rasanya. Aduhai, mudahan2lah dipermudahkan urusanku untuk hapuskan semua gmbr2ku dari laman sosial ni. Nasiblah baru hampir 5 atau 6 tahun aku berFB tu. Jadi, taklah byk manapun gmbrku. Aku ndak jugak berapa gemar upload gmbr sampai bertimbu2.. Cuma tu la, dulu kan nakal, memang malar jugak upload gmbr. Sekarang aku cubalah selongkar mana2 post atau album yg ada bertenggek muka ku. Huh, kena padam! Kena padam!

Eh, soalan 'kenapa' yg bertimbun2 dari kwn2ku tu belum terjawab lg kan? :)

Kenapa saya suruh padam semua gambar2 yg ada muka sy dalam Facebook?

Sebenarnya sy sendiri takda jawapan yg kukuh utk soalan itu. Hahahaha.. Lama sudah aku berniat mau delete semua photos berkaitan aku dlm FB tu. Dlm mimpi ku pun itu juga benda yg aku terpikirkan. Tapi aku belum ambil apa2 tindakan masa ada niat tu mula2. Mungkin sekarang waktu yg tepat utk buat semua tu. Aku minta dgn berhemah supaya kwn2ku bantu aku check mana2 album dorg yg ada gmbrku then delete. Mujurlah, kwn2 semua baik hati. Bila aku suruh padam gmbr2 tertentu, dorg direk padam jak. Tp lepas padam tu dorg akan tny juga knp. Aku sekadar ckp, 'adalah'.

Memang itu jawapan poyo mintak penampar. Tapi itu jak aku mampu bg sbg jwpn. Sebab aku sendiri takda jawapan yg pasti. Aku xmau suda ada gmbrku d FB. Kenapa? Hah, yg tu memang aku checkmate tak dpt jawab sudah. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sbg persiapan kali? :)

Persiapan utk apa, biarlah aku sorang jer yg tahu. Kalau aku ckp skrg, nnt tak jadi pulak kan? Cukuplah sahabat seorg tu jer yg tahu. Aku percaya dgn dia. Lgpun dgn dialah yg aku byk mintak bantuan skrg. Hmmm.. Lepas ni xtau mau jawab apa kalau diajukan soalan 'kenapa' lagi. Aduhai.....

Harap2lah lepas ni aku tak kena tembak lagi dgn soalan 'kenapa' tu. Bosan ler. Just delete. Xterganggu pun kehidupan kamu klu padam gmbrku yg xseberapa plus xda harga tu. Buat menyemak jak di FB. Dan buat aku susah hati jer kalau kamu xpadam2.. Huhuhu.. Oklah, sekarang aku kena stalk lagi FB kwn2.. Manatau ada gmbr yg aku terlepas pandg. Huhuhu.. Memang parah kena menghadap laptop terus. Tp apakan daya. Kena berusaha jugak padam semua gmbr2 berkaitan aku! Chaiyo!. :)

No comments:

Post a Comment