Tuesday 4 June 2013

Antara Dua Hala, Dua Jalan, Hanya Aku Seorang

12.19 a.m aku mula menulis entree ini. Aku dalam kebingungan. Aku dilanda dilema, keresahan dan seakan berada dalam sebuah bilik yang penuh persoalan.

Manusia dan dugaan mmg xkan terpisahkan bukan? Normal la kalau manusia berdepan rintangan. Jadi, kenapa perlu aku berasa takut? Mungkinkah kerana rintangan yg aku hadapi bukan calang-calang dan melibatkan status ku sebagai insan pada masa hadapan serta mungkin akan kehilangan insan yang menduduki tempat kedua di hatiku?

Aku sudah menjangka, bermacam-macam hal akan berlaku sekiranya aku nekad melakukan hal yang satu ini. Tapi apakan dayaku, andai itu sudah NIATKU? KEINGINANKU? Siapa kamu untuk menghalang sekalipun kamu mempunyai pengaruh besar dalam hidupku? Tetapi andai Tuhan merestui NIATKU dan mengizinkan aku untuk pergi ke arah itu, restui saja diriku. Tiada apa yang mampu kamu lakukan untuk menidakkan takdir yang Tuhan telah tentukan.

Bukanlah aku tidak tahu bersyukur, jauh sekali kerana sudah tidak memahami jalan yang sekarang ini. Hanya kadang kala sesuatu terjadi secara tiba-tiba dan kita tidak menemui jawapan kenapa berlaku sedemikian. Hanya Tuhan punya jawapan itu.

Aku menyimpan niat ini awalnya hanya suka-suka. Tidaklah serius mana. Tetapi apabila semakin meningkat dewasa, aku masih menyimpan niat yang sama. Hanya aku tak mempunyai keberanian untuk meluahkannya. Aku lebih kepada takut sebenarnya. Takut akan kehilangan orang-orang yang aku sayang sekiranya aku nekad juga. Tapi apalah makna aku hidup tanpa pegangan yang utuh? Aku mahukan niat itu termakbul, tetapi kuatkah aku untuk menghadapi badai yang akan menyusuli?

Bersedia atau tidak, aku perlu juga hadapi, kan? Mungkin dengan sokongan sahabat-sahabat terdekat, aku mampu menggapai apa yang telah lama aku idamkan itu. Aku perlu mencari kekuatan untuk meluahkan sesuatu yang aku inginkan.

Bukankah aku insan yg POWERFUL? To be listed as one of the best in Sabah, cukup memberi bukti bahawa diri ini bukanlah calang-calang. Bukan hendak membangga diri, tetapi ingin melihatkan diriku sendiri bahawa aku mampu melakukan sesuatu yang luar biasa andai niatku sudah bulat dan usaha ku berganda-ganda.

Untuk sahabat-sahabat tercinta, aku pasti kamu tahu NIAT apa yang aku maksudkan ini. Doakan aku mampu mengharungi apapun cabaran mendatang untuk mengejar impianku itu. Doakan aku menemui jawapan untuk hala manakah yang harus aku tujui dan jalan manakah yang harus aku susuri.

Dear God, apapun jalan takdir yang terhampar untukku pada masa hadapan, aku mohon agar Engkau merestui aku. Berikan jawapan atas semua persoalan yang berlegar-legar di mindaku. Bantu aku untuk mencari jawapan. Bimbing aku ke arah yang sepatutnya.

Andai ditakdirkan untuk aku meninggalkan Engkau, aku mohon ampunkan semua dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang menjadi hambamu. Andai ditakdirkan aku menjadi insan yang baharu pada masa akan datang, restui aku sebagai insan yang baharu itu.

Terima kasih Tuhan selama Engkau menjaga aku. :)

No comments:

Post a Comment