Friday 26 April 2013

Gadis Ayu

Aku pernah berangan
Manjadi gadis idaman
Tapi mana mungkin la kan
Suara dah macam 'jantan'
Nak jadi ayu mmg xblh la kan
Jadi jangan nak berangan..
Hehehe

Ada tiga gadis yg ingin kuceritakan
Mmg calon menantu idaman
Takkan terlupakan sepanjang zaman
Kerana mereka sentiasa dalam ingatan
Tiga gadis ayu..

NOY
Eh, td kata gadis ayu tp nama Noy
Hehehe..
Tu nama samaran jer
Noorasnahfizura nama diberi
Entah aku eja betul atau tak
Dari enam rendah mmg bmasalah eja nama dia
Cerita pasal dia
Alahai ayu sgt la ayu
Suara merdu muka pun sayu
Orgnya lembut santunnya bagus
 Siapa xnak berkawan dgnmu?
Semua org suka tingkah lakumu
Kadang cemburu dgn keayuanmu
Alangkah baiknya andai aku bisa begitu..hehe
Jgn disebut Mickey Mouse dpn dia
Mmg or pertama akan menggila
Sebab dia peminat setia
Tulisan dia alahai indah terkata
Berbunga-bunga siap ada 'love-love'nya
Tapi jgn pndg rendah si gadis indah
Larinya laju malah nafasnya panjang juga
Maksud saya dia hebat dalam larian 1500 meter
Xsangka kan gadis rupanya pelari juga
Mmg tabah orangnya
Aku sempat kagum dgn kegigihannya
Tak terlupa orgnya mudah tersentuh juga
Tangisannya mmg buat hatiku kadang kalah jua
Noy, aku bangga jadi kawanmu
Terima kasih sebab terima aku
Gadis x ayu lagi x laku
Hehehe..

NORMA
Yang ini cerita 1001 malam pun xkan habis
Itulah si Norma klu bercerita kadang ada isi kadang takda isi
Yg tak paham bg senyuman tayang gusi
Yg paham menokok nambah la gosip sana sini
Hah, yang ini tulisannya macam mendera kertas
Mana taknya tembus berkertas-kertas
Hehehe..
Budak ni peramah mengalahkan rama-rama
Hormat orang tua pun dia juga
Yang tua sebulan pun dia panggil kakak juga
Jadi xhairanlah ramai sgt kakak dia
Yg xboleh lupa pasal dia mestilah hobinya
Bgambar sini bgambar sana
Kadang memory boleh habis cuma gara-gara dia
Tapinya jellynya mmg memikat selera
Hah, untunglah siapa dapat dia
Nah, bab bercinta pun dia jaguhnya
Mudahanlah jodohnya yg baik macam dia
Kakak doakan juga
Tapi belajar ingat juga
Bahagiakan keluarga jadilah kebanggaan semua
Solat jangan lupa dan jadilah muslimah yg solehah..

FARAH
Gadis yang ini banyaknya aku mau ceritakan
Orangnya cantik putih kulitnya
Pandai masak pun dia juga
Mmg beruntung siapa dapat dia
Sopan santun lagi lemah lembut tuturnya
Awal perkenalan aku heran juga
Kadang masa belajar tertidur dia
Aku melihat lucu juga
Muka lawa tapi lucu pun ada juga
Hehehe..
Rajinnya dia mmg tak terkata
Guru-guru pun senang sama dia
Mana taknya notanya cantik lengkap pula
Banding dgn nota Taqim mmg buang lautlah nota c taqim
Hahaha.
Farah, farah.. Indah rupanya indah bahasanya
Mmg anak perempuan idaman bah dia
Rajin-rajin berusaha ya sayang
Rezekimu di luar banyak menanti
Semoga berjaya di U nanti
Jangan lupakan sahabatmu seorang ini
Sentiasa menyayangimu
Dan setia di sisi..


Merekalah tiga gadis ayu itu..
Yang lain nanti aku usahakan
Melakarkan diri mereka yang masih segar dalam ingtan..

No comments:

Post a Comment