Thursday 25 April 2013

Sebuah Pertemuan

Ramai yg kata 'Cinta itu Indah'
Xkurang juga yg kata 'Cinta itu Derita'
Apapun definisi mereka,
Bagi aku Cinta itu DIA

DIA yg pertemukan aku dgn seorg jejaka
Yg aku cinta tanpa dipinta
It feels so good but hurts so bad
Cinta adalah anugerah
Kenang Dia dlm doa
Semoga bahagia walau dgn siapa
Meski hatiku terluka
Aku terima apa adanya.

DIA tak hny beri satu cinta
Walau kecewa dgn cinta kepada jejaka
Aku diberi cinta kepada mereka
Siapa MEREKA?

SUMARNI
Awal perkenalan tidaklah akrab mana
Tapi orangnya begitu indah
Indah akhlak indah rupa
Dialah teman dialah lawan
Yang duduk bersebelahan
Memberi jawapan saat aku kebingungan
Memberi soalan saat aku penuh khayalan
'Tak kenal maka tak cinta'
Dialah Ayumi Dialah Sumarni
Penuh inspirasi penuh dedikasi
Aku pasti suatu hari nanti
Akan berjaya menakluk dunia
Dgn kata-kata dan cita-cita
Yang akan berada dalam genggamannya
Kekadang ada perbalahan
Tapi ikatan akan mematahkan
Segala hasutan syaitan
Yg ingin merosakkan persahabatan
Aku ingin bersamamu teman
Hingga hujung nyawa...

PUTLIH
Dua tahun bersama mungkin tak cukup
Hingga kita disatukan lagi dalam alam persekolahan
Untuk tingkatan enam
Kita bersama-sama
Menempuhi kejanggalan suasana baharu
Kadang kita putus asa
Ingin sahaja teriak kepada dunia
'Kami ingin PERGI !!!'
Tapi takdir kita di sana
Apalah kudrat kita utk menolak?
 Kita teruskan walaupun mendapat tawaran
Melanjutkan pelajaran ke Politeknik
Kita cuba putuskan
Untuk teruskan walaupun terpaksa berurusan
Dgn karenah pelbagai insan
Yg cuba utk menjatuhkan
Namun kita berjaya buktikan
Kita menyinar seperti bintang
Dan membina ukhwah persahabatan
Dgn REALIS yg takkan terlupakan
Putlih dirimu begitu sederhana
Namun kata-katamu penuh makna
Terima kasih kerana sentiasa bersama
Saat aku suka saat aku duka
Semoga kita bertemu setiap masa
Dalam doa
Harapanku agar kau berjaya.


Sumarni dan Putlih
Dua insan yg aku temui dalam hidupku
Memenuhi ruang cintaku
Utk sebuah persahabatan
Yg x terfikirkan namun jadi suratan.

MEREKA ada 12 insan
10 lagi akan datang... :)

No comments:

Post a Comment