Thursday 13 June 2013

Sangkar Emas



Bila sebut jak pasal ‘sangkar emas’, there’s only one thing yang aku fikirkan. KONGKONGAN. Yes! That’s it. Berkaitan dengan kebebasan dan had kebebasan. Sejauh mana kebebasan dapat dirasai jika berada dalam ‘sangkar’? pastinya hanya kebebasan dari segi penglihatan sebanyak 360˚. Tak lebih tapi boleh kurang. Hmm.. sejauh mana pula ‘sangkar’ ni boleh menyekat kebebasan seseorang? Bergantung dengan tuan punya ‘sangkar’. Tapi istilah ‘sangkar emas’ ni membawa maksud apa pula ya? Sedangkan ‘sangkar’ merupakan tempat kurungan, manakala ‘emas’ adalah sesuatu yang sangat berharga. Jadi, adakah terdapat ‘sangkar’ yang berharga secara realitinya?

Aku tergerak mau update tentang ni sebab aku mencuba untuk memahami bagaimana rasanya berada dalam keadaan dikongkong? Sejujurnya, aku bukanlah tergolong dalam ‘orang-2 yang dikongkong’. Tidak sama sekali. Sebab kebebasan terletak di tanganku. Walaupun masih berada dalam jagaan keluargaku, tapi mereka sama sekali tidak pernah menghalang kebebasan aku. Sejak aku lahir sudah sememangnya begitu acuan keluargaku. Tak pernah mengongkong mana-2 ahli keluarga. Boleh aku katakan, sememangnya parentsku sangat sporting orangnya.

Ada beberapa sebab kenapa familyku bukan jenis yang mengongkong atau menyekat kebebasan. Pertama, kerana kepercayaan. Dalam familyku ada 8 orang adik beradik, takda seorang pun yang dikongkong. We can do whatever we want. It’s up to us. Kenapa macam tu? Sebab adanya kepercayaan terhadap kami semua. Walaupun usia kami ada yang sudah matang, ada yang masih setahun jagung, tetapi hak kebebasan adalah sama rata. Kami semua dipercayai tidak akan melakukan sesuatu yang tak elok. Kerana kepercayaan ini didorong oleh sikap positif kami. That’s the second reason. Positivity dalam diri setiap dari kami sudah kental. Jadi, possibility untuk kami terjebak dalam perkara yang salah dan tidak bermanfaat adalah sangat rendah. Sikap positif dalam diri setiap daripada kami pula membawa kepada pemikiran yang rasional dan matang. See, that’s the third reason. And for me, that’s the main reason. Kematangan. Kami semua sudah cukup matang dalam menjalani kehidupan di dunia. Kami bukanlah berasal dari keluarga yang kaya raya, susah payah kehidupan kami sudah harungi bersama. Jadi, pengalaman itu telah mendewasakan kami secara pemikiran. So, memang boleh dikatakan, kematangan diri dalam familyku telah mewujudkan keadaan yang mengizinkan kami semua mampu mengatur kehidupan kami sebaik-baiknya tanpa perlu disekat.

Tapi, tidak ada sekatan/kongkongan tidak bermaksud kami tidak mengambil kira pandangan antara satu sama lain. Malah, dalam familyku begitu banyak perkongsian ilmu pengetahuan dan ilmu kehidupan yang membolehkan kami sama-2 bangkit dan menjalani hidup ini dengan sebaik-2nya.

Itulah kehidupanku yang tak pernah dikongkong. Jadi aku akan rasa janggal sekiranya kebebasanku disekat. Pernah juga aku terlibat dalam situasi tu, tapi bersebab. Sebab mustahak yang tak boleh aku sebutkan. Hakikatnya, masa kebebasan tu ada sedikit sekatan, aku jadi nanar. It wasn’t the condition that I like at all. I hate it and I don’t want it. But, for my own safety, I have to go through it. Just for awhile, but then I got my normal life back. Where nobody can’t interfere my life. I will do what I want to. But only the good things. I will never do anything that could harm myself or ruin my future. NEVER.

So, that’s me. Yang takkan pernah faham apa itu hidup yang dikongkong. Me, even pulang larut malam pun, family takkan risau. Because, they trust me. Aku pun bukan jenis yang golongan nakal jugak. Jalanku bersebab. Enjoyku terkawal. Kawan-2ku semua dikenal, and tempat lepakku memang ditahu. So, nak risau apanya. They know where to find me and they know with whom I hang out. Entahlah betulkah ayatku tu. Hehehe… tapi memanglah, jarang-2 aku dicari sebab pulang lambat, okay. Memang amazinglah kalau aku ditelefon time-time aku tengah hang out ni. Kalau pun ada incoming calls, tu sekadar call nak pesan barang lah jawabnya. Alah, bukannya tak risau ka apa. They really know me lah. Bukan budak jahat. And takkan buat bukan-2. Lagipun tahulah aku jalan pulang rumah tu. Kalau tak pulang pun jawabnya dok menginap di rumah kawanku Si Rahimah. Eleh, kalau aku tak pulang lagilah orang rumah sukak. Eh, pembetulan, kalau siapa-2 dalam familyku keluar rumah pastu tak pulang-2 (bermlm di rumah kwn) memang happylah. Kurang orang, plus kurang ‘piring’. Hahahaha… biasalah dalam familyku. No ordinary thing sudah tu. Cool, right?

So, aku tak paham ni, kenapa perlu ada kongkongan untuk anak-2? Untuk mengupas topik ni, aku cuba bagi pros and cons nya. (Ceh, bajet berceramah pula. Rasa macam tgh buat ucapan pulak) This is my very own opinion lah. From my point of view. Untuk pelajaran bagi aku and anyone yang ada terbaca entri ni.

Dari sudut kebaikan, memang susah nak tengok mana baiknya berada dalam ‘sangkar emas’ ni kan? Yalah, sangkar jer emas, tapi hakikatnya terkurung di dalam. Cantik dilihat pada luaran, tetapi hakikatnya si penghuni sangkar itu mengalami tekanan dari segi mental kerana terkongkong. Bila saya kata tekanan dari segi mental, bukan bermaksud ‘gila’ okay. Cuma berkaitan dengan gangguan dari segi perasaan, emosi dan pemikiran. Ya, this kind of situation memang akan berlaku. Bila seseorang dikongkong, dia rasa ‘didera’ dari segi mentally. Tak macam physical abuse, sakitnya lebih kepada kesakitan fizikal dan selebihnya jiwa. Tapi bagi mentally abuse, 100% penderaan terhadap jiwa! Gosh! Tapi, bukanlah bermaksud semua kongkongan ni bersifat ‘penderaan’. Jom kita tengok dari sudut kebaikan ye. Ingat, in any way of living, kita kena selalu bersangka baik. **God willing.

Apa baiknya dikongkong? Okay, bagi aku, sekatan kebebasan ni boleh membentuk disiplin dan peribadi seseorang. Seriously speaking, sekarang ni era moden, abad 21, bentuk kehidupan manusia pun banyak dipengaruh dengan budaya-2 baharu dan pengetahuan pun lebih advance. Majunya manusia tidak semua yang membawa manfaat. **May God have mercy. Clubbing, dating, sexual intercourse (underage), drugs, smoking, etc. Sebenarnya ada banyak contoh-2 budaya yang sangatlah tak elok dan berdosa utk dilakukan tetapi tetap juga dibuat. Bodohkan mereka? Dah tahu benda tu tak bagus tapi tetap nak buat. Hebatnya iblis sebab berjaya mengawal manusia. Hebatnya nafsu kerana menjadi tuan kepada manusia. Itulah akibatnya bila iman senipis kulit bawang. 

Nampak tak di mana baiknya bila kita dikawal oleh org yang menjaga kita? Kemungkinan untuk kita terjebak dgn hal-2 macam tu sangat jauh! Sebabnya kita akan lebih banyak masa berada di rumah bersama keluarga daripada bergaul dengan budak-2 yang otak mereng and tak betul jalannya. Kita ni mudah sangat kalau nak buat dosa tau, tapi untuk mendapatkan pahala tu sebenarnya lagi mudah. Cuma kita jak yang anggap susah. Mindset! Ya! Tukar mindset tu.

At least bila kita ni dikawal, takdalah kita berani nak buat benda yang bukan-2. Kita takut akan kena marah. Tapi, ada juga yang langgar peraturan tu. Sebabnya, jiwa memberontak. Hah, that’s the cons. Dalam hal kongkongan ni, perlu juga berpada-pada. Ya ampun, jiwa muda katakan. Mesti nak teroka banyak benda baharu. Kena juga bagi ruang untuk anak muda bersantai dan menikmati zaman remaja mereka. Jangan terlalu dikawal dengan ketat wahai ibu bapa sekalian. Kelak nanti jiwa remaja anda akan memberontak. Nanti tak pasal-2 dorg buat aib pula yang akan memalukan keluarga. Tak ke susah jawabnya tu? Jiwa muda ni memang cepat melenting. Aku cakap sebab aku tahu dan pernah lalui. Jiwa muda ni masih rapuh. Belum cukup kental dan tabah. Jadi mudah terasa dan mudah juga binasa. Hehehe…

Hah, macam mana nak atasi? God willing, didikan agama harus diutamakan. Apa-2pun, hanya Tuhan yang mampu merubah hati seseorang manusia. When the right time comes, even a serial murder can kneel down to his feet and ask for forgiveness from God. We never know, right? Semua membutuhkan masa.

So, agak-2 boleh ka bayangkan perasaan seseorang yang dikongkong? Sedih. Gembira. Dilindungi. Selamat. Kurang seronok. Mungkin itu yang boleh aku katakan bila menyangkut pasal dikongkong ni.

Bawak bersabar, suatu hari nanti, ada juga masanya anda keluar dari ‘sangkar emas’. Tapi, jangan sampai lupa diri bila sudah ada kebebasan. Ingatlah harga yang perlu anda bayar untuk sebuah kebebasan. Anda perlu berada dalam suatu kurungan untuk jangka masa yang lama barulah dapat terbang bebas.

Sepanjang tempoh dikurung, ingatlah segala pengajaran yang anda pelajari. Kadang-kadang kita akan merindui saat-2 kita dikurung tu. Sebabnya kita sudah terbiasa. Hidup bebas tapi tak bahagia dan bersendirian pun apa guna kan? Terkurung tak semestinya kita tak bahagia. As long as kita ingat Tuhan sepanjang masa, kita boleh manfaatkan benda-2 sekeliling yang berdekatan untuk mencipta kebahagiaan.

Sentiasa beringat, hidup ni memang tak sah kalau tak diuji. Setiap detik kita diuji. Kesabaran janganlah seperti chipsmore. Kejap ada kejap takda. Jadikan kesabaran tu seperti oxygen, sentiasa kita perlukan, dan kalau takda kita juga yang susah, tak boleh bernafas. Dengan kata lainnya, kalau kita ni takda kesabaran, memang payahlah nak hadapi kesulitan dengan tenang. Asyik nak melenting jak, tak penatkah?

Hidup dikongkong or tak sekalipun, just live your life to the fullest. Takda alasan untuk tidak bahagia. Cari jalan kebahagiaan tu. Hargai apa yang ada depan mata. Nanti bila dah takda baru mau nangis-2 mencari. Masa tu jangan haraplah boleh putar ke masa silam utk tebus kesalahan. Takda maknanya. Ingat, hidup kerana Tuhan, sentiasalah menjadi insan yang boleh dibanggakan dan semoga sentiasa berada dalam lindunganNya. **God willing.

No comments:

Post a Comment