Monday 19 August 2013

Diuji Kesekian Kalinya

Lama dah tak meluah dalam blog sendiri ni.. Mungkin byk merenung ke luar jendela, berbicara dgn hati sendiri dan meluah pada Yang Maha Esa.. Ramadhan pun sudah berlalu.. Skrg masih dlm musim Eid Mubarak.. Byk hal kah yg berubah? Banyak juga lah.. Mom dah pulang.. Syukur.. Now I'm focusing on my own life.. No more housework and all that chores yg membebankan.. Quit my job as 'housewife' already.. Talking about TEST... Ya, untuk kesekian kalinya, hatiku teruji lagi...

Suka utk aku ingtkn, aku bukanlah seorg yg KUAT manapun. But yes, semua org-2 yg kenal aku akan cakap aku KUAT.. Entahlah.. Mungkin kuat di hadapan mereka sahaja.. Hakikatnya, robek robek hatiku ni, siapalah yg tahu? Hanya empunya diri dan Maha Pencipta saja yg sedia maklum..


Aku berhenti di sebuah persimpangan
Sekian lamanya aku berjuang
Melalui satu pertempuran
Nafas tercungap, jantung pantas berdegup
Ya! Aku berjaya melepasinya melebihi yang lainnya

Tapi..Tapi kenapa aku masuk ke dalam lorong kegelapan
Walhal aku berjalan di jambatan pelangi yang berkedipan sebelumnya
 Aku meraba-raba sekelilingku
Apa yang ku lihat hanya kegelapan

Tak perlu buka mata
Tak perlu bersuara
Mata terbuka ibarat mata terpejam
Suara yang kedengaran hanya laungan batin sendiri

Kenapa aku berada di tempat segelap ini?
Setelah aku berjaya menemukan 'jambatan pelangiku'..

Tangisan tak bererti apa-apa
Keluhan tak membawa apa-apa
Aku berjalan dan terus berjalan
Dalam lorong kegelapan yang tiada penghujungnya

Dalam hati ku berkata-kata
'Hentikan semua kerja gila ini.. Mengalah sajalah'
Mindaku berkata pula
'Jangan sia-siakan jalan yang tersedia'

Peritnya berjalan dengan hati yang berantakan
Seakan diri hilang pedoman
Seolah diri ini pesalah yang dijatuhkan hukuman

Kenapa derita perlu menyusul setelah kurasa sedikit bahagia?
Tertawalah mereka yang ingin melihatku hancur
Bahagialah iblis yang ingin melihatku rapuh

Malaikat pun tak mampu mengangkat diriku
Aku sesat.. Sesat dalam percaturan hidup sendiri...

Kaki terus melangkah
Hati terus berduka
Mulut telah hilang kata-kata
Minda beku untuk seketika

Derap langkah semakin perlahan
Ingin kurehat seketika merenung masa depan
Masih adakah sisa impian untuk aku?

Luka ibarat dihiris sembilu
Sakitnya bukan kepalang..
Kenapa hanya aku seorang?
Diuji begitu hebatnya dalam dunia sementara ini?

Aku hilang kekuatan..
Aku hilang kesabaran..
Harapan kian pudar..
Impian cuba menyinar..

Terduduk di atas duri
Hatiku dipagut sayu
Diriku diuji begini 
Saat mereka diulit bahagia
Alangkah sedihnya...

Penderitaan tak berpenghujung
Terowong kegelapan tak berkesudahan
Akankah kutemu jalan keluar?
Atau terus mengabdikan diri kepada sang kegelapan?
  

Terasa mau berpuisi pulak.. Berterabur.. Tapi itulah luahan isi hati yang terpendam.. Diuji, diuji dan terus diuji... Sabar jer lah..

Bosankah diuji?? Tanya iman, iman kata suka. Tanya hati, hati kata sakit..

Tanya diri, bila semua ni akan berakhir?

Make sure the ending worth all this pain that I gain...


 

No comments:

Post a Comment