Wednesday 17 July 2013

That Strong Girl

Few days passes, I'm still can't accept the fact that I was such a loser for this moment.. Biggest loser ever..

This UPU thing has ruin my life 360 degree.. Gosh.. Aku blank. Tak tahu mau buat apa.

Seriously, aku dah cakap yg aku dah putus asa dgn semua benda ni. Enough k. Enough.

Cukuplah buat aku menangis bah UPU. Cukuplah dera jiwa ragaku. Sudahlah, memang xda jodoh kita, jgnlah ganggu fikiranku lagi..

I'm giving up on this UPU. Stop it!!

Aku dah tak nak sambung belajar, aku tak mau menunggu for any rayuan. Go to hell with that rayuan.. Aku tak ingin nak menghadap rayuan tu !!!

Ya!! Aku MARAH sgt-sgt sekarang. Marahkan TAKDIR!!!!!!!

Kamu xda kat tempat aku, kamu tak tau apa aku rasa. Kata-kata semangat atau nasihat kamu yg berbakul-2 bagi kat aku tu tak mampu nak ubah keputusan UPU tuu.. Sudahlah. Aku tak mau sebarang harapan apa-2 lagi. Bagilah aku jalani hidup yang baru..

Mungkin sudah takdirnya aku tak perlu sambung belajar lagi..


Kadang aku tertanya, kenapa berat sangat ujian untuk seorang gadis biasa seperti aku?
Pada siapa aku harus tujukan soalan itu?
Kenapa dalam ramai orang di dunia ni, aku seorang rasa dunia ni
terlalu kejam untuk manusia kerdil seperti aku?
Then someone told me, 'cos God believe in you. He knows how strong you are.'
Aku lebih kuat berbanding orang-2 di sekelilingku.
Percayalah, siapapun yang ada dlm situasiku skrg pasti sudah kecundang habis-2an.
Tapi aku masih mampu bertahan.
Sebab aku tahu ujian seberat ini masih mampu aku tanggung.
Walau berderai air mata darah sekalipun, aku tetap takkan mengalah.
Bibir kata lain, hati kata lain.
Kukatakan pada semua aku dah putus asa.
Tapi hakikatnya sana sini aku cari peluang.
And pada masa yang sama juga beribu fikiran negatif yang wujud di mindaku.
Aku bergelut dgn perasaan sendiri.
Terdera dgn berbelah bahaginya jiwaku.
Ada satu hala kata 'go on', ada satu hala kata 'just quit'
Dan aku, aku masih belum ada keputusan muktamad.
Bilang sabar tu memang mudah.
Tapi nak lakukannya punyalah payah.
Tipulah kalau aku kata aku kuat tapi tak menangis.
Setiap hari aku berusaha pujuk diri sendiri,
bagi semangat untuk diri sendiri.
I know how strong I am.
Aku pasti boleh melewati masa-masa sukar ni.
Bertahan dan bersabar.
God willing, di hadapan nanti aku kelak bertemu sang pelangi,
setelah meredah hujan lebat dan ribut
yang menakutkan ini...

Sabarlah wahai hati.. Aku boleh berputus asa dan kumpul balik semangat dalam sekelip mata. Semua benda ni tak mudah..

Aku sendiri masih tercari-2 nak buat apa lepas ni.. Mungkin bekerja untuk sementara waktu.

Umur pun masih muda, baru 20 tahun. Kalau tak dapat this year, mungkin aku kerja dulu lah 2 3 tahun baru try luck lagi untuk masuk U. Itupun kalau aku masih ada hati nak study..

Oh God.. Aku betul-2 putus asa sudah ni. Tak kesian kah dekat aku? Berat sgt ujian ni. Ringankan sikit, boleh? Jangan bagi aku harapan. Tapi bagi aku haluan baru. Aku nak jalani hidup baru.

Kalau lah boleh aku hapuskan ingatan sepanjang 20 tahun ni..........

No comments:

Post a Comment