Saturday 21 December 2013

#0158 am

#0158 pagi.

Aku masih terjaga. Hampir setiap hari, begini lah rutin harian ku.. setiap malam akan berjaga sehingga subuh. Kehidupan university mengubah 360o cara hidupku. University lah tempat org berlumba2 utk mengejar segala sesuatu yg disebut kejayaan. Dan aku tergolong dalam kelompok itu. Tapi, tapi, kenapa aku masih merangkak rangkak, tercongak congak dan merengek meraung kerana tidak dapat memahami sesuatu topik pelajaran dgn sempurna. 

Aku tahu sekarang betapa susahnya belajar undang-undang. Betapa respeknya aku dgn senior-2 yg suda graduate.aku seorg yg positif, aku yakin dan pasti aku akan suatu hari juga memegang segulung ijazah tanda aku berjaya melepasi 4 tahun belajar undang-undang.

Apa yg perlu aku lakukan ialah tahan hati dengan segala susah payah dugaan dan BERUSAHA sehingga ke titisan darah terakhir. Hihihi. Belajar undang-undang adalah pertarungan terhebat dan terulung pernah aku hadapi. Setiap kali aku melahirkan rasa ketakutan dan ketidakpastian utk meneruskan perjuangan tersebut, org-2 yg aku rujuk semua cakap aku boleh dan aku pasti berjaya.

Kenapa mereka begitu yakin terhadap diri ini yg hanya seberat 40kg? ok, xda kena mengena.. hahaha.
Ya, aku tertanya, kenapa org-2 sekeliling ku begitu percaya dan yakin yg aku mampu carry undang-undang ni? Mungkin mereka melihat sesuatu tntg diriku yg aku sendiri tak sedar.. aku harus bangun dan bangkit dari kemalasan diri dan fikiran-fikiran buruk yg hny menjatuhkan semangat diri.

Aku seharusnya kenal dgn diri aku sendiri. 4 tahun aku di menara gading bukan untuk bersuka ria, bukan untuk berpesta sakan, bukan untuk bermain-2 apatah lagi mebuang masa dgn perkara tidak berfaedah.

Ya, ku akui aku still ada life walaupun aku setengah mati belajar di sini. Memang aku jenis yg lambat bergerak dan suka buat silap sebelum aku belajar yg mana cara yg betul. Mungkin aku slow learner berbanding course mates yg lain.. tapi, aku still cool. Aku still santai. Aku tak suka bergelumang dgn terlalu byk stress. Hahaha. Keep calm and carry on.

Aku tahu apa yg patut aku lakukan. Menjelang tak kurang dari dua minggu sebelum exam, aku akan berhempas pulas utk study. Aku yakin aku boleh, aku sangat positif. Aku cuma harap yg badan aku ni takkan liat utk bangun subuh dan study 19 jam sehari. Aku yakin aku boleh. Aja! Aja! Fighting!
Hehe.. super semangat utk exam.. Dear God, lead me to a better road, help me with my study, help me during exam. Give me everything to prepare myself for exam. Give me Your blessing in whatever effort I did for my studies. Bless me and my friends, Jesus.. Amen..

No comments:

Post a Comment