Tuesday 11 October 2011

Menyayangi sahabat haruslah tidak berlebihan

Hari ni aku memulakan hari dgn ucapan syukur yg tak terhingga kpdNya kerana aku masih lagi mampu bernafas utk meneruskan kehidupanku pada hari ni.. di luar (saat ini) hujan sdg membasahi bumi, cuaca agak sedikit dingin tp sgt menenangkan.. jari jemari ku pun ligat menekan keyboard laptop yg aku letakkan di atas ribaku ni..hehe.. hari ni aku mau share sedikit tntg rasa syg kita terhdp manusia yg bergelar sahabat.. 

~sambil mndgr lagu2 genre country saat ni, aku rasa byk benda yg aku akan katakan dlm post terbaru ni.. bg setiap dari kamu la, apa erti sahabat dlm hidup kamu?? klu ikutkan aku, sahabat laa segala2nya bg aku.. mmg aku jenis tak ble hidup tanpa sahabat.. tp, itu laa diriku yg dulu.. masa telah mematangkan aku ditambah lg dgn pengalaman ku yg bertemu dan berpisah dgn pelbagai jenis manusia yg pernah berteman dgn aku.. tp, jujurlah, meskipun ramai kawan2 ku yg tlah melupakan diri ini(aku) tp dorg sentiasa kekal dlm ingatan ku.. aku jenis yg tak berkira, klu menurut kamu meninggalkan aku adalah yg terbaik, jadi lakukan sak.. aku takkan merayu atau meminta agar tidak ditglkan, tp percayalah, itu tak bermakna aku tidak cuba utk mempertahankan persahabatanku tp mungkin usahaku tidak secara lgsg dan apa yg ble aku katakan hanyalah ikatan tu tak ble tersimpul dgn teguh klu hny sebelah tgn mengikatnya, perlu kerjasama drpd kedua2 tgn, maka klu usaha cuma dtg dari satu pihak utk menegakkan sst hal dgn kukuh, ianya menjadi cacat dan takkan utuh.. mungkin apa yg aku katakan ni terlalu mendalam.. tp, teruskanlah membaca sbb aku akan membicarakannya secara jujur dan telus dlm setiap perkataan ku..

aku sendiri adalah jenis org yg sgt mementingkan sahabat dlm apa jua perkara.. malah, kadang kala aku rasa aku agak berlebihan menyayangi sahabat2ku.. dari situ aku sedar kesilapan ku.. mmg aku khilaf, terlalu mencintai manusia mlebihi cintaku kpdNya yg selayaknya.. aku pernah terbaca firman Tuhan yg menyebut tntg Tuhan akan cemburu apabila kita sbgai hambanya terlalu menyayangi sesuatu melebihi sayang kita terhdpNya.. mgkn klu dikatakan secara kasar mcm kebudak2an atau xlogik, yala, pernahkah kamu bayangkan Tuhan juga akan cemburu bila kita terlalu pentingkan kawan2 berbanding Dia..? situasi ni sama seperti kekasih yg cemburu pabila kekasihnya terlalu ambil berat tntg kawan2 berbanding kekasihnya.. sama laa keadaan tu.. jdi,bila suda jadi mcm tu hendaklah kita sedar betapa jauh kita meninggalkan dan mengabaikanNya semata2 kerana kwn2 yg belum pasti kesetiaannya akan bertahan smpai bila..

ada satu kisah tntg seorg gadis yg terlalu menyayangi kwn2nya, dia suka memberi hadiah kpd kwn2nya ini walaupun tym tu bkn arijadi katakan, tp itulah dirinya yg suka melihat senyuman terukir pd wajah kwn2nya.. semata2 krn itu.. tp, hidup tak seindah seperti apa yg dia lakukan trhdp kwn2nya sbb ramai kwn2nya ternyata mencari dia hny bila perlu atau susah dan bila sudah senang dan bertemu yg baru mereka suda tentu melupakan gadis itu.. mmglah sedih, sampaikan dia sendiri tertanya2 apakah dia tdk cukup bgs utk menjadi kwn mereka??.. sbnarnya jawapan bg persoalannya tu adalah mereka yg dia anggap kwn2 tu yg sebnarnya tdk layak utk menjadi shbatnya krn tiada ketulusan dlm hati mereka utk bershbat dgn dia.. apalah makna berkwn klu jumpa kwn baru terus melupakan kwn yg lama.. itu sama seperti melukakan hati seseorg.. tp, melalui pengalaman pahitnya bertemu kwn2 jenis itu laa yg menguatkan hati gadis tersebut hingga akhirnya dia meletakkan Tuhan sbgai satu2nya sahabat yg kekal di hatinya dan plg dia syg.. manakala manusia pula hny kwn sementara di dunia, pabila kelak dia bertemu sahabat yg benar2 sejati, maka itu adalah anugerah drpdNya kerana kesetiaan kita bersahabat dgnNya.. aku percaya, klu kita lakukan hal semata2 kerana Dia pasti kita akan diberkati..

apa yg aku mau kongsikan di sini ialah kita sbgai manusia jgn terlalu bgantung dgn kwn2 semata2.. kita kena sedar bahwa sebesar apapun cinta dan kasih kita kpd kwn2 kita, pasti kita susa hati pabila satu hari nnt mereka lupakan dan tglkan kita.. bila kita terjatuh dlm situasi itu, kita pasti ibarat manusia yg jatuh ke dlm lembah kesedihan yg penuh kegelapan.. kita akan rasa yg kita suda keseorgan di dunia ni krn tlah kehilangan kwn2 kita.. sbb kita terlalu mgibaratkan kwn2 kita seperti permata yg tak ternilai harganya sehingga menjadikan kita seperti org kaya yg sgt takut kehilangan harta bendanya.. tak kah kita rasa begitu lemah sbgai manusia klu begitu??. oleh itu, be rasional laa.. jgn terlalu terbawa2 dgn perasaan sendiri.. harus bijak mgatur minda sendiri.. aku suka ungkapan patah tumbuh, hilang berganti.. percayalah, jika kita kehilangan sst pasti Tuhan akan menggantikannya dgn sst yg lebih baik krn Tuhan tak ingin kia terlalu mencintai sst benda secara keterlaluan.. dlm hidup ni kita akan slalu bersama yg lama ketika bertemu yg baru, semuanya terletak dlm diri kita sendiri bagaimana ksetiaan kita tu mampu dikekalkan..

akhir sekali, aku cuma mau share, hendaklah kita mengasihi kwn2 kita keranaNya.. bingung.? xpaham maksudnya.? okay, dia mcm ni, klu kita ada kwn biarlah kasih syg kita kpdnya tu tidak keterlaluan, balance sak, jgn sampai melebihi syg kpd yg selayakNya.. jadi, cuba utk menyayangi kwn2 kita semata2 kerana Tuhan, krn Tuhan yg begitu baik hati dan menyayangi kita maka Dia tlah mganugerahkan kwn2 yg baik kpd kita.. dgn berfikiran dan punya niat seperti itu dlm psahabatan yg kita jalinkan pasti Tuhan akan memberkatinya.. kita jg tak perlu khuatir kerana pasti Tuhan akan teguhkan kesstiaan kita masing2 thdp kwn2 kita klu kita bersahabat krn Tuhan.. buat pengertian melalui kata hati masing2.. pasti anda akan dpt jawapannya.. apapun yg terjadi di masa hadapan kelak, aku bahagia krn punya kesempatan berkenalan dgn kwn2ky.. walaupun mereka berubah tp aku doakan hidup mereka sentiasa bahagia, sbb apapun yg terjadi aku sentiasa ada Dia sbgai sahabat paling setia menemani suka duka kehidupanku hingga akhir waktu.. dan kedua penting ialah aku ada diri aku sendiri yg sentiasa menjadi 'kwn' plg memahami apa kehendak hati ku..smoga kita semua berjaya dlm persahabatan masing2.. amen.
P/S : jgn berkawan jika tidak ikhlas, jgn lupakan yg lama bila suda dpt yg baru.. sbb apa yg kita lakukan akan dtgkan kesan kembali kpd diri kita, cpt atau lambat.. ~renung2kan..

No comments:

Post a Comment